Laman Utama
"Selak Baju Je Meleleh Gadis-Gadis Semua" - Foto Cucuk Booster Curi Tumpuan, Netizen Mengusik Syed Saddiq!
Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mula mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 sebagai usaha meningkatkan daya tahan tubuh terhadap wabak berbahaya itu.
Begitu juga dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut selesai mendapatkan dos ketiga vaksin berkenaan.
Syed Saddiq mengucapkan terima kasih kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana sentiasa berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
"Booster dose, terima kasih warga KKM tak putus-putus bekerja untuk kita semua.
"Habis cucuk, saya terus akan ke Johor untuk misi banjir," kongsinya di Instagram.
Menjengah ruangan komen, perkara yang turut menarik perhatian netizen adalah foto Syed Saddiq yang terpaksa menyelak sedikit bajunya untuk mendedahkan bahagian lengan bagi tujuan suntikan.
Meskipun beliau menutup bahagian dada dan yang lain dengan baju tersebut, namun masih ada segelintir netizen yang meninggalkan komen 'mengusik'.
"Sexy YB," tulis seorang pengguna Instagram diikuti emoji api.
"Selak baju je meleleh gadis-gadis semua," tulis netizen yang lain.
"Boleh je selak sikit tak perlu buka satu lengan, terganggu nurse nak suntik," seloroh seorang lagi.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu mendapat lebih 37,000 tanda suka dan menghampiri 400 komen oleh wargamaya.
Must-Watch Video