gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Anwaar Beg Moghal Jadi Inspektor Sahab, Bertutur Bahasa Punjabi Dalam Keluang Man - “Karakter Itu Berbeza Dengan Saya”
HIBURAN
Eyka Farhana & Akhyar Rashid Naik Pelamin Lagi, Netizen Terpegun Dengan Majlis Perkahwinan Berturut-Turut: - “Bestanya Banyak Duit!”
HIBURAN
Tabby Dolla Pilih Kekal Imej ‘Bersih', Tak Mahu Terpalit Kontroversi Murahan - “Hasil Kerja Juga Mampu Beri Publisiti….”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
TERKINI

Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa

gempak
Gempak
21/04/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa
Baru-baru ini, pelakon senior Fauziah Nawi menzahirkan rasa syukur selepas menerima tawaran mengerjakan umrah daripada Yayasan Nurjiwa, iaitu yayasan milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Bagaimanapun, menerusi hantaran yang dibuat di Facebook, pelakon yang cukup sinonim dengan drama air mata itu memberitahu jemputan tersebut tidak dapat dipenuhi memandangkan dirinya telah terikat dengan komitmen kerja pada tarikh yang ditetapkan.

Menolak

“Syukur sangat dan amat terharu akan mesej ini tapi saya telah menolak dengan rendah diri kerana saya sudah ada perjanjian tugas yang telah saya persetujui.
“Moga Allah merahmati dan melipatgandakan rezeki Datuk Seri Siti suami isteri dan sekeluarga,” tulis Fauziah.
Namun, tidak hanya Fauziah Nawi. Difahamkan, penyanyi veteran Zur Eda turut menerima jemputan mengerjakan umrah daripada Yayasan Nurjiwa.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zur Eda turut menyatakan rasa gembira dan syukur atas jemputan Yayasan Nurjiwa dan usahawan Jay Ibrahim Al Islam kepadanya.

Syukur

“Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan urusan kami. Terima kasih Yayasan Nurjiwa dan Jay Ibrahim Al Islam,” tulisnya ringkas.
Menerusi platform X, ramai dalam kalangan netizen memuji tindakan penyanyi tersohor negara itu dalam memberikan peluang kepada artis-artis senior mengerjakan umrah.
“Alhamdulillah rezeki diaorang.”
“Alhamdulillah rezeki yang ada dikongsi bersama. Selayaknya bonda Ratu Siti Nurhaliza bukan sahaja ikon artis perpaduan, malahan senantiasa menyantuni rakan-rakan artis terutamanya yang lebih senior.”

ARTIKEL BERKAITAN: Yayasan Nurjiwa & Yayasan Prihatin Berkolaborasi Menyantuni Anak Yatim, Ibu Tunggal & Penggiat Seni

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan Kotak Makanan, Edaran Bubur Lambuk, Bantuan Khas Gaza… Ini Antara Inisiatif Yayasan Nurjiwa Menerusi Kempen Infaq Ramadan

Topic Berkaitan
#Zur Eda
#Siti Nurhaliza
#Umrah
#Fauziah Nawi
#Yayasan Nurjiwa
#Razak Ahmad
#Rosnah Johari
Must-Watch Video