,
Laman Utama

Selain Dicekik, Adik Zayn Turut Alami Kecederaan Untuk ‘Pertahankan Diri’

Izwan Isa
08/12/2023
00:55 MYT
Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin maut dipercayai dicekik oleh pembunuhnya di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.

BERITA TRENDING: Leher Zayn Rayyan Ada Kesan Cedera, Rakyat Malaysia Doa Pelaku Ditangkap

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan mendapati mangsa dipercayai dicekik berdasarkan kesan kecederaan konsisten pada leher.
"Apa yang pasti kematian mangsa bukan akibat lemas di lokasi kejadian tetapi dicekik selain luka lain yang dialaminya untuk mempertahankan diri.
"Untuk menjaga maruah arwah dan keluarga setakat itu sahaja saya boleh cakap," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini pada Khamis. Beliau berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam sebelum ditemui.
"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mati di lokasi dia ditemui, namun mungkin mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.
"Kami masih menjalankan siasatan berkemungkinan suspek terdiri daripada penduduk setempat, kami masih melihat perkara itu," katanya.
Jelas beliau, lokasi penemuan mangsa juga dipercayai tidak selalu dikunjungi orang ramai.
"Berkemungkinan suspek yang terlibat ini tahu tentang lokasi berkenaan, jadi siasatan kita akan jalankan semula di lokasi kejadian," katanya.
Mohd Shuhaily berkata, orang ramai diminta agar menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
"Saya merayu kepada masyarakat setempat sekiranya mereka ada sebarang maklumat, datanglah kepada pihak polis, beri kerjasama untuk kita merungkai jenayah ini.
"Pihak polis memandang serius jenayah kejam ini dan akan berusaha menjejaki suspek terlibat," katanya.

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Kehilangan Zayn Rayyan sejak Rabu lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

Ismanira, Zaim Tak Putus Peluk Cium Adik Zayn Rayyan – “Dear Allah, The Only Thing I Ask Of You Is To Hold Him When I’m Not Around”

gempak
11/08/2024
07:28 MYT
Ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Zaim Ikhwan iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, membuat perkongsian di media sosialnya, baru-baru ini.
Berita

#JusticeForZaynRayyan: Hak Jagaan Adik Zayn Rayyan Diserah Kepada Nenek Saudara

gempak
09/08/2024
11:25 MYT
Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya, bermula Jumaat.