,
Laman Utama

Selain Bercerai, Bapa Minta Ganti Rugi RM14,250 Sebab Menantu S*ks Dengan Isterinya

Maliah Surip
31/12/2022
08:55 MYT
Kisah suami curang dan berzina dengan ibu isterinya sendiri menjadi topik paling hangat sepanjang minggu ini di Indonesia.
Selepas viral dengan pendedahan yang mengejutkan di media sosial, wanita tersebut, Norma Risma telah dijemput menjadi tetamu di YouTube milik Denny Sumargo.
Selain membuka cerita dan bercakap tentang kronologi ‘penangkapan’ suami dan ibunya yang sedang berasmara, Norma juga memberitahu dia dan bapanya sudah bercerai dengan pasangan masing masing.
Risma bercerai dengan suaminya, R, dan bapanya juga menjatuhkan talak kepada isteri yang sanggup curang dan melakukan hubungan seks dengan menantunya.
Kepada Denny, Norma memberitahu bapanya telah meminta ganti rugi sebanyak Rp50 juta atau RM14, 250 selepas mereka bercerai.
“Bapak saya minta wang denda. Sakit hati sangat keluarganya dihancurkan. Waktu itu bapak minta 50 juta, 25 juta dari laki-laki, 25 juta lagi dari perempuan.
“Duit itu untuk mengurus perceraian,” ujar Risma seperti dipetik dari Viva.co.id.
Selain denda, Risma mengaku dia dan bapanya bercerai.
"Semua keluarga saya sudah tidak menerima (R) sebagai isteri saya lagi dan saya juga sudah tidak menerima (R) sebagai menantu saya lagi. Kerana kami sudah sakit," kata Risma mengajuk cara bapanya membuat keputusan untuk bercerai.
Dalam temu bual sama, Risma mengaku bapanya terlebih dahulu mengetahui isterinya curang dengan suaminya jauh sebelum mereka berkahwin.
Risma sendiri hanya mengetahui suaminya menjalin hubungan terlarang dengan ibunya sejak tahun 2020 namun tetap meneruskan hasrat berkahwin dengan lelaki tersebut.
Berharap suami akan berubah, ternyata perkahwinan mereka seperti menjadi ‘lesen’ buat R dan ibu kandungnya menjalin hubungan lebih jauh sehingga berani melakukan seks.
Malah perlakuan keji suami dan ibu kandungnya itu ‘ditangkap’ oleh orang kampung yang curiga dengan keintiman mereka. Cerita Risma, keduanya ditangkap sewaktu asyik melakukan hubungan asmara, beberapa bulan lalu.
Hanya kini dia baru mempunyai kekuatan untuk bercerita sehingga kisah rumah tangganya ini menjadi viral.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.