gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Air Mata Johan Ghazali Tumpah Selepas Tewas Kepada Diego Paez - “Jojo Tak Nak Bagi Alasan Banyak”
VIRAL
Warga Emas Patah Tulang Rusuk Ditanduk Lembu Korban
HIBURAN
Tak Sempat Bella Astillah Jawab Soalan Ketika Buat Live, Syed Saddiq Dah ‘Explain’ - “Dia Juga Tak Suka Kalau Lengan Saya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Selagi Ayah Ada Kudrat Menjahit, Saya Pakai” - Sissy Iman Tak Serik Pakai Rekaan Ciptaan Bapa

gempak
Azwa Rahman
16/11/2020
11:40 MYT
Sponsor Banner
“Selagi Ayah Ada Kudrat Menjahit, Saya Pakai” - Sissy Iman Tak Serik Pakai Rekaan Ciptaan Bapa
Pengacara dan penyanyi Sissy Iman mengakui tidak serik untuk memakai pakaian rekaan bapanya, Mohammad Kamil Moustaff selagi bapanya masih ada kudrat untuk menjahit.
Menurut Sissy, 25, bapanya yang lebih mesra disapa sebagai Yanda tidak sesekali berputus asa dan bersikap ‘cool’ apabila rekaanya menerima kritikan.
“Selagi Yanda ada kudrat nak buat, saya pakai saja. Dah tujuh tahun saya dalam industri, dari hari pertama dialah yang jahit pakaian saya. Banyak je baju yang Yanda buatkan tu cantik. Tapi biasalah yang dilihat pada yang buruk, akan diperkatakan.
View this post on Instagram
A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)
“Yanda tak putus asa sebab semua orang ada pendapat masing-masing. Saya percaya orang akan bercakap tak kira buat baik ke, cantik ke, benda tak elok lagilah orang akan bercakap.
“Saya gembira dengan apa yang saya pakai kerana ia tidak menggangu tugas saya sebagai hos waktu itu,” kata Sissy ketika dihubungi Gempak hari ini.
Dengan tenang, penyanyi itu berlapang dada menerima semua kritikan. Sissy juga mengatakan setiap orang pasti ada pendapat masing-masing.
“Saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Saya ambil kira pandangan orang supaya akan datang jadi lebih membina.
“Saya lebih rela orang cakap pasal saya berbanding ahli keluarga. Tapi bila fikir balik, kenapa saya nak risau dengan apa yang orang cakap selagi apa yang saya pakai tu selesa dan sopan, saya okay je.
“Setiap orang ada pendapat masing-masing dan fesyen itu sendiri bersifat subjektif,” ujarnya lagi.
Pada Jumaat lalu, penampilan Sissy sewaktu mengendalikan karpet merah dalam sebuah anugerah hiburan menerima kecaman daripada wargamaya.
Dress merah jambu dan renda hitam itu merupakan hasil rekaan bapanya yang bersengkang mata dan bertungkung-lumus mencantikkan anaknya untuk tontonan ramai.
Topic Berkaitan
#Fesyen
#Sissy Iman
#ABPBH33
Must-Watch Video