,
Hiburan

"Sekali Pandang Nampak Macam Roslan Shah" - Rayme Zainal Tak Kecil Hati, Anggap Rezeki Terpercik

Amri Hassan
27/01/2024
06:52 MYT
Penyanyi Rayme Zainal tidak pernah berniat untuk menumpang rezeki selebriti versatil kelahiran Singapura, Roslan Shah.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Viral Jejaka Suara Sedap, Muka Macam Roslan Shah! Siapa Rayme Zainal Ni?

Jelas Rayme yang pernah menyertai All Together Now Malaysia dua tahun lalu, dia sudah lali apabila wajahnya kerap disamakan dengan Roslan Shah.
"Saya tak pernah ada niat untuk menumpang popularitinya (Roslan), tapi apabila orang selalu cakap muka kami sama, saya anggap itu rezeki terpercik.
"Apatah lagi dikaitkan dengan orang ternama, itu satu bonus!" katanya kepada Gempak.
Akui penyanyi lagu Close To You itu lagi, ketika bertemu dengan Roslan sendiri, selebriti itu akui Rayme mirip wajahnya ketika usia muda.
"Muka saya ni mungkin sekali pandang nampak macam Roslan Shah, sampaikan ada yang pernah panggil saya dengan nama beliau sejak zaman belajar laagi.
"Tapi bila tengok cermin banyak kali, tak ada pun.
"Pernah kami ambil gambar bersama, orang cakap kami adik-beradik. Kalau begitu seiras, saya terima sajalah.
"Malah, ketika kami bertemu sebelum ini pun, dia (Roslan) kata wajah saya seperti dia muda-muda dulu," katanya sambil tertawa.
Apapun, Rayme masih mahu dikenali dengan bakatnya dalam bidang nyanyian dan penciptaan muzik.
Harus diakui, Rayme yang suatu ketikanya pernah viral menyanyi di sebuah kafe dengan suara merdunya melakar kejayaan menerusi lagu berbahasa Inggeris pertamanya, Close To You yang didengar lebih 60,000 kali di Spotify.
Lagu berkonsep healing berbahasa Inggeris pertama ciptaannya itu juga mendapat sentuhan muzik dari penerbit muda, Jason How.
"Close To You mengisahkan tentang bagaimana kita selalu ingin dekat dengan orang yang disayangi meskipun terpisah jarak dan waktu.
"Satu pencapaian kepada saya apabila Close To You menerima sambutan dari pendengar bukan Melayu.
"Pencapaian ini menjadi pembakar semangat saya untuk terus berkarya. Saya juga berharap agar stesen radio tempatan lebih bersikap terbuka dengan memutarkan lagu-lagu Inggeris tempatan kerana kualitinya setanding dengan lagu-lagu Inggeris antarabangsa," tambahnya.
Rayme juga muncul dengan single berbahasa Inggeris keduanya berjudul A Matter of Time pada 3 November 2023 dan pernah popular menerusi lagu berjudul Andai.
Dalam perkembangan lain, Rayme bakal melancarkan album mini pertamanya pada tahun ini dan berkolaborasi dengan Sharon Paul untuk lagu raya pertamanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.