gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Air Mata Johan Ghazali Tumpah Selepas Tewas Kepada Diego Paez - “Jojo Tak Nak Bagi Alasan Banyak”
VIRAL
Warga Emas Patah Tulang Rusuk Ditanduk Lembu Korban
HIBURAN
Tak Sempat Bella Astillah Jawab Soalan Ketika Buat Live, Syed Saddiq Dah ‘Explain’ - “Dia Juga Tak Suka Kalau Lengan Saya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Sejuk Hati MK Lihat Isteri Berjubah Turun Event - "Akaun Dosa Masuk Pada Saya"

gempak
Amri Hassan
06/09/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
Sejuk Hati MK Lihat Isteri Berjubah Turun Event - "Akaun Dosa Masuk Pada Saya"
Penyanyi rap MK K-Clique selesa melihat isterinya, Siti Hajaar menyarung jubah atau abaya untuk menghadiri acara hiburan termasuk ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Jelas MK, sebagai suami dia bertanggungjawab untuk menjaga penampilan isterinya dan mendidik individu yang dikahwininya dengan sempurna.
"Saya perlu menjaga soal pakaian isteri saya, itu sudah menjadi tanggungjawab saya. Sebab akaun dosa akan masuk pada saya.
"Ia (pakai abaya) itu atas persetujuan bersama. Dia memang suka pakai Abaya dan saya sendiri syorkan perkara itu.
"Saya minta dia pakai begitu dan dia bersetuju, namun saya tak pernah paksa dia pakai Abaya bila hadir ke acara.
"Saya sangat bersyukur melihat penampilan dia ke mana-mana acara dia pergi. Asalkan dia selesa dan saya juga selesa melihatnya, sudah bersyukur," katanya kepada Gempak.
BACA: Tuju Keluar K-Clique, MK; "Saya Minta Maaf Kalau Dia Ada Tersinggung, Terasa Hati"
BACA: [VIDEO] MK K-Clique Mohon Maaf Isu ‘Seat Belt’ - “Tak Ada Alasan, Memang Salah!”
Dalam pada itu, tambah MK isterinya akan mengenakan pakaian bersesuaian dengan lokasi acara dan bukanlah memakai Abaya ke semua tempat.
"Mungkin akan ada juga nanti orang yang pertikaikan kenapa pakai Abaya sahaja.
"Pada saya, asalkan baju itu bersesuaian dengan acara yang dihadiri serta situasi ketika itu. Takkan nak pergi naik gunung pun pakai Abaya kan," ulasnya lanjut.
MK dan Siti Hajaar telah melangsungkan pernikahan pada 16 Jun lalu di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.
Topic Berkaitan
#Viral
#Isteri
#KLFW
#MK K-Clique
#Jubah
#Abaya
#Siti Hajaar
Must-Watch Video