,
Berita

Sejam Menyelam Akhirnya Telefon Pintar Nur Farah Kartini Ditemui, Suspek Turut Berada Di Lokasi Kejadian

Asyikin Mayudin
17/07/2024
05:09 MYT
Telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, 12.21 tengah hari, Rabu.
Peranti itu ditemui anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas sejam menyelam.
Pada masa sama, polis turut membawa suspek, 26, ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini.
Ketika ini, proses mencari bahan bukti lain masih dijalankan.
Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan mati, kelmarin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Sumber - Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti

gempak
12/08/2024
06:34 MYT
Polis mengesahkan suspek yang direman berhubung kes pembunuhan Cikgu Istiqomah merupakan bekas seorang guru dan bekas teman lelaki mangsa ketika di universiti.
Berita

Perselisihan Perhubungan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

gempak
26/07/2024
02:41 MYT
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
Berita

“Kes Sebegini Paling Jarang Ditemui” - Hakim

gempak
23/07/2024
16:55 MYT
Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa menyifatkan pembunuhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, sebagai jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.
Berita

Kes Bunuh Zulfarhan: Keputusan Rayuan 18 Bekas Penuntut UPNM Esok

gempak
22/07/2024
07:58 MYT
Menurut laporan Bernama, keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin pada 9 pagi.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Analisa Kad Sim Suspek & Siasat Lokasi Kebun Dipercayai Tempat Persinggahan Sebelum Kejadian

gempak
20/07/2024
12:55 MYT
Kad sim dipercayai milik anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah sedang dianalisa.