,
Laman Utama

Sehun EXO Geram Didakwa Ada Kekasih Yang Sedang Hamil, Gelar Wanita Berhalusinasi

Maliah Surip
30/03/2023
12:50 MYT
Dunia hiburan Korea Selatan dihebohkan dengan dakwaan kononnya Sehun EXO mempunyai kekasih yang sedang hamil.
Bukan hanya geram dan menafikan gosip tersebut, Sehun menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap cerita tidak berasas yang menjatuhkan reputasinya itu.
"Kemas kini gosip kosong telah beredar daring beberapa hari terakhir, dan aku merasa aku harus mengambil langkah undang-undang untuk segera mengakhirinya," kata Sehun EXO lewat Instagram Story seperti dilaporkan Soompi.
Tidak hanya itu, Sehun menjelaskan bahawa ada seorang perempuan yang berpura-pura atau berhalusinasi sedang menjalin hubungan asmara dengannya. Dia juga menegaskan tidak pernah mengenali perempuan tersebut.
“Banyak peminat juga menyedari hal ini. Ada seorang perempuan yang berpura-pura menjadi kekasih selama beberapa tahun terakhir.
"Dia memuat naik dan menulis di media sosial seolah-olah kami sedang menjalin hubungan.
"Aku tidak mengenalnya sama sekali, tapi membiarkan berlalu dan menyifatkannya sebagai masalah yang tidak penting.
“Namun lain yang jadi (isu ada kekasih hamil)," tegasnya.
Bagaimanapun semua kemas kini dan muat naik tersebut telah dihapuskan.
Tidak hanya Sehun, SM Entertainment selaku agensi juga telah mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap gosip tersebut.
“Meskipun semuanya telah dihapus, kami terus memantau [untuk mengetahui] pembuatnya serta siapa yang menyebarkan gosip tersebut. Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas," tulis kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diberi Rezeki Anak Di Usia 38 Tahun, Chiwan Chilok Syukur Isteri Tak Mengidam Bukan-Bukan - “Cuma Masa Awal Kehamilan Dia Tak Boleh…”

gempak
03/09/2024
07:55 MYT
Pelawak Chiwan Chilok melahirkan rasa syukur apabila isterinya kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka dan segala proses kehamilan juga berjalan dengan lancar.
Viral

Wanita Sarat Mengandung Mengidam ‘Karipap Kambing’ Penjara Kajang, Tiga Hari Berturut Cuba Nasib - “Pegawai Itu Bawa Saya Jumpa Seorang Sarjan Yang…”

gempak
17/06/2024
02:55 MYT
Seorang wanita sarat mengandung berkongsi mengenai dirinya mengidam untuk membeli dan makan karipa kambing yang hanya dijual di Penjara Kajang.
Berita

Kepala Bayi Tertinggal Dalam Rahim Ibu, Bidan Dipersalahkan

gempak
13/03/2024
00:55 MYT
Seorang ibu muda berusia 25 tahun berdepan pengalaman pahit apabila bayinya meninggal dunia.
Viral

Disebut Mirip Soobin, Chanyeol & Sehun, Ini Fakta Mengenai Leo, Peniaga Pancake Dari Bekasi

gempak
05/01/2024
04:55 MYT
Siapa pernah cuba?
Laman Utama

Wanita Hamil 7 Bulan Maut Disembelih Bapa Mentua Yang Kelaparan

gempak
02/11/2023
04:55 MYT
Tragis betul