gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Sebab Sebiji Epal, Saya Didenda RM1,000 Di New Zealand" - Umie Aida
VIRAL
“Lip Sync Pun Dah Handsome” - Netizen ‘Jatuh Cinta’ Dengan Zaki Yamani
HIBURAN
Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sehari Sebelum Berlangsung, One Love Music Festival Dibatalkan Saat Akhir Kerana Kurang Dana

Mya Amri
Mya Amri
20/12/2024
14:59 MYT
Sponsor Banner
Sehari Sebelum Berlangsung, One Love Music Festival Dibatalkan Saat Akhir Kerana Kurang Dana
Konsert One Love Music Festival yang sepatutnya dijadualkan berlangsung esok, 21 Disember di MAEPS, Serdang terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Berita itu dimaklumkan oleh wakil penganjur yang juga Pengasas Tuff KL, Muhammad Zul Aqil menerusi satu kenyataan di Instagram pada Jumaat.

Kekurangan dana untuk tampung kos

Menurut Zul Aqil, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.

“Dengan rasa penuh kesal, Tuff KL ingin memaklumkan bahawa One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember 2024 di MAEPS, Serdang terpaksa dibatalkan akibat kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.“Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai cabaran yang dihadapi.

“Kami ingin menegaskan bahawa pembatalan ini tidak melibatkan mana-mana rakan strategik, penaja, atau vendor yang terlibat,” jelasnya.

Mohon maaf

Tambahnya lagi, pihak Tuff KL juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan akan berusaha sebaik mungkin untuk proses pengambalian wang kepada pembeli tiket.

“Tuff KL mengambil tanggung jawab penuh atas keputusan ini dan komited untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan.“Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan festival ini dan ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.

“Pihak kami sedang menguruskan proses berkaitan pembatalan, termasuk pemulangan dana kepada pembeli tiket.
“Maklumat lanjut akan diumumkan melalui saluran rasmi kami, @olmfest_ dalam masa terdekat,” maklumnya.
View this post on Instagram
A post shared by ONE LOVE MUSIC FESTIVAL (@olmfest_)

Ucap Penghargaan Kepada Semua

Dalam kenyataan sama, Zul Aqil juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang memahami situasi tersebut.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong One Love Music Festival, termasuk penonton, artis, penaja, rakan strategik, dan vendor.“Sokongan anda amat kami hargai, dan kami berharap dapat bangkit semula dengan acara yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya

Terdahulu, One Love Music Festival merupakan sebuah acara muzik yang menggabungkan barisan artis dan band daripada Malaysia dan Indonesia.
Antara selebriti dijangka bakal membuat persembahan sebelum ini termasuk Hujan, Drama Band, Salma Salsabil, Nadin Amizah, Bunkface dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Konsert batal
#batal
#MAEPS
#Kurang Dana
#One Love Music Festival
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement