,
Berita

"Segalanya Bermula Dengan Instagram Hingga Membawa Kami Ke ....." - Sasqia Dahuri

Rozaimi Zubaidi
13/12/2018
04:43 MYT
Pelakon Sasqia Dahuri meluahkan rasa syukur apabila akan disatukan dengan bakal suaminya, Muhammad Asyraff Khan pada Sabtu ini.
Menurut Sasqia, walaupun baru setahun lebih mengenali Asyraff namun dia yakin lelaki itu mampu untuk menjadi seorang suami yang baik untuk dirinya.
"Permulaan perkenalan kami bermula di media sosial apabila dia memberanikan diri untuk menegur saya menerusi Direct Message (DM) di Instagram.
"Segalanya bermula dengan Instagram hingga membawa kami ke fasa seterusnya dan akan melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini.
"Dalam masa sebulan juga kami berhubung melalui DM, sampai selepas itu dia minta no telefon saya dan semasa awal perjumpaan dia terus bawa jumpa keluarganya untuk kenal-kenal.
"Walaupun boleh dikatakan proses perkenalan kami agak singkat namun saya yakin dia mampu jadi yang terbaik untuk saya selepas kami mengenali hati budi masing-masing," katanya kepada Gempak.
Sasqia mengakui segala persiapan telah dilakukan dan tidak sabar untuk menantikan majlis perkahwinannya pada Sabtu ini.
Majlis persandingan diantara Sasqia dan Asyraff akan diadakan Ahad ini di Kuala Lumpur dan majlis sebelah pihak lelaki pula pada 29 Disember ini di Singapura.
Sebelum ini Sasqia selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan hartanah dari Singapura, Asyraff di Bangi Golf Resort pada 21 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Unsur Tarikan Seksual, Sasqia Dahuri Anggap Babak Berkemban Adalah Seni - “Sebaliknya Ingin Menggambarkan Perasaan…”

gempak
19/09/2024
09:55 MYT
Menganggap tiada unsur tarikan seksual, pelakon Sasqia Dahuri berkata babak berkemban dalam filem terbaharu lakonannya, Tafakur bukan untuk menarik perhatian penonton ke pawagam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.