,
Filem

Sedutan Novel Kau Yang Satu : Taufik Salah Percaturan, Perkahwinan Salina Tak Bahagia

Rozaimi Zubaidi
25/07/2017
12:45 MYT
Bersempena tayangan filem adaptasi novel ‘Kau Yang Satu’ yang akan menemui penonton bermula 27 Julai ini, Astro Gempak mengimbas kembali beberapa sedutan menarik novel tersebut.
‘Kau Yang Satu’ karya novelis Nia Azalea ini merupakan novel paling laris dan telah diulang catak sebanyak 20 kali sejak novel itu diterbitkan pada tahun 2003.
Kini, kisah cinta tiga segi antara Taufik, Salina dan Zul menerusi novel tersebut telah ‘dijelmakan’ dalam bentuk filem oleh pengarah, Osman Ali.
Menariknya, pemilihan para pelakon untuk filem ini sangat bertepatan dengan karakter-karakter dalam novel tersebut.
Para pelakon yang dimaksudkan adalah Aaron Aziz (Taufik), Izara Aishah (Salina), Hisyam Hamid (Zul) dan Soo Wincci (Isabella).
Untuk meraikan ulang tahun ke 14 novel tersebut, Astro Gempak kongsikan sedutan novel ‘Kau Yang Satu’.
Momen-momen menarik dalam sedutan yang dikongsi ini merupakan pilihan Nia Azalea sendiri.
Sedutan kedua ini merupakan kisah Taufik dan Salina selepas menempuh alam perkahwinan.
Prologue
Taufik langsung tidak menyangka yang percaturan salahnya di dalam perniagaan mengheretnya ke kancah perkahwinan paksa.
Sikap papanya yang langsung tidak berkompromi dan mamanya yang tidak putus asa memujuk, menyebabkan Taufik terpaksa bersetuju untuk mengahwini Salina dan menerima saja amukan Isabella.
Begitu sukar sekali buat Taufik menyesuaikan diri dengan statusnya sebagai suami dan juga kekasih. Dia arif sangat yang mana-mana lelaki berhidung belang pastinya tidak segan-silu ingin bertukar tempat dengan dirinya.
Namun, sejujurnya dia sedikit pun tidak teruja berdampingan dengan dua wanita pada masa yang sama. Jauh di lubuk hatinya, cinta sayangnya hanya tertumpah buat Isabella.
Sudah hampir sebulan Salina terperap di rumah besar dua tingkat yang dihadiahkan oleh keluarga mertuanya, sempena perkahwinannya dengan Taufik. Segalanya mencukupi. Lengkap dengan perabot mewah hinggalah ke peralatan dapur.
Namun itu semua masih tidak dapat membeli kebahagiaan Salina. Masih gagal untuk merebut hatinya agar kembali ceria seperti masa dahulu. Sewaktu dia masih menetap di desa terpencil.
Salina sudah biasa dengan tabiat Taufik. Pulangnya tidak tentu masa. Duduk sekejap. Kemudian, lesap. Pantang dapat panggilan dari Isabella, berdecit dia keluar dari rumah. Makanan yang disediakan jarang disentuh.
Biarpun Salina berkecil hati, tapi tugas rutinnya sebagai isteri tetap cuba dilaksanakan. Dia tidak perlukan pembantu rumah. Kerja-kerja memasak, membasuh baju, mengemas rumah memang sudah lama sebati dalam dirinya.
Ngauman Jaguar mewah kedengaran memasuki perkarangan banglo. Salina mengerling jam di dinding. Hampir pukul 10 malam. Makan malam yang dihidangkan sejak awal tadi, sudah lama sejuk.
Salina menerpa ke muka pintu sebaik sahaja kelibat Taufik muncul. Dia menghulurkan tangannya untuk mengambil briefcase dari tangan suaminya tapi ditolak ganas.
“Tak payah!” Tepis Taufik. “Banyak benda penting dalam ni. Kalau hilang, susah aku nak cari."
Rasa pedih di hati Salina cuba ditepis. Sedaya-upaya diukirnya senyuman. Biar pun terasa hambar.
“Abang nak makan? Ina ada masak lemak cili api. Kejap ya, Ina hangatkan semula.”
Langkahnya dipercepatkan menuju ke dapur.
“Tak payah. Aku dah kenyang. Dah makan kat luar,” Taufik menguraikan tali leher. Dihempaskan tubuhnya yang keletihan di atas sofa.
Dihempaskan tubuhnya yang keletihan di atas sofa. Dipejamkan matanya rapat-rapat. Jelik betul dia hendak memandang muka Salina.
"Sekurang-kurangnya abang makanlah sikit. Penat Ina masak. Ina tunggu abang balik dari pukul lapan tadi.”
“Aku tak suruh kau masak pun,” Taufik berkata selamba. Langsung dia tidak perasan riak di wajah Salina yang berubah merah.
“Ada aku suruh? Yang kau memandai apa hal? Saja, gatal tangan! Dah tu nak salahkan aku pulak?”
Taufik mula berasa bengang. Sudahlah kepala otaknya pening, ligat memikirkan hal syarikat. Isabella pun macam-macam hal dan kerenahnya. Ini ditambah pula dengan bebelan isterinya.
“Pleaselah…kau tak payah nak sibuk hal aku. Jaga tepi kain kau sendiri. Lagi elok,” sempat dia mengerling ke arah Salina yang berkain batik, yang tercegat tegak, langsung tidak bergerak. Sungguh, dia tidak berkenan langsung dengan gaya kekampungan isterinya.
“Abang tak nak rasa walau sikit pun?” Salina masih cuba memujuk.
“Okey, kalau kau dah masak, kau sendirilah makan. Kalau aku lapar, tahulah aku makan. Tak payah nak suruh-suruh banyak kali. Cakap sekali sudah. Kalau aku cakap tak nak tu, maksudnya tak naklah! Eh, kau tak faham bahasa?”
“Bukan itu maksud Ina…-”
“Dah tu? Saja nak bagi aku naik darah, gitu? Aku cukup bosan bila balik rumah, tahu?”
Taufik bingkas bangun, mendaki anak tangga, meninggalkan Salina terkulat-kulat di bawah. Bukan dia tidak perasan pandangan Salina yang kecewa. Tapi dia buat tidak tahu. Seolah-olah tidak nampak.
Salina kaku di situ. Hatinya memprotes hebat tetapi bibirnya bagaikan terkunci rapat. Hanya pipinya sahaja dibasahi mutiara jernih yang gugur perlahan-lahan.
***********************************************
Jadi jangan lupa untuk menyaksikan filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd yang akan menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.
Ingin dapatkan edisi terhad Kau Yang Satu, layari Karangkraf.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Filem

Komedi Romantik Hingga Ke Genre Aksi, Ini 5 Watak Ikonik Aaron Aziz Yang Paling Diingati Peminat Sehingga Kini!

gempak
13/06/2024
09:55 MYT
Berikut merupakan lima watak dalam filem yang dilakonkan oleh Aaron Aziz yang masih diingati sehingga kini.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.