,
Laman Utama

“Sedih Kerana Waktu Itu Saya Positif Covid-19”- Ahmad Idham & Eizlan Yusof Ralat Diberhentikan Tanpa Sebab

Syafiqah Jalal
04/03/2022
10:27 MYT
“Dalam surat itu tidak dinyatakan pun sebab dan kami tidak pernah dipanggil ataupun menerima surat amaran yang mengatakan kami ada membuat kesalahan selama kami bertugas,” kata Ahmad Idham Ahmad Nadzri selepas dia dan Datuk Seri Eizlan Yusof, ditamatakan jawatan masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, mengesahkan kontrak kedua-dua mereka telah ditamatkan.
Kata Ahmad Idham, menerusi surat tersebut, dia mahupun Eizlan tidak diberikan penjelasan mengapa perkhidmatan mereka ditamatkan.
“Saya terkejut apabila menerima surat itu pada 28 Februari lalu dan surat itu bertarikh pada 23 hari bulan.
“Apa yang menyedihkan tarikh surat itu adalah hari saya dan seluruh keluarga diuji wabak Covid-19 dan Saifuddin sendiri tahu mengenai keadaan saya waktu itu.
“Kami hanya menerima surat yang menyatakan perkhidmatan kami sudah tamat tanpa sebarang alasan. Malah seminggu sebelum itu kami ada berjumpa dan bermesyuarat bersama,” katanya kepada Gempak.
Idham dan Eizlan tampil mengadakan satu siding media secara virtual menjawab persoalan mengenai perletakan jawatan berkenaan.
Sementara itu, Eizlan juga akui terkilan dan sedih kerana perkhimdatannya diberhentikan begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh.
“Kami menghormati keputusan ini, cuma saya akui ralat kerana tidak mengetahui apa sebab sebenarnya diberhentikan.
“Bagi saya ini satu tindakan yang tidak ‘gentlemen’ dari Menteri. Bayangkan kita masuk dengan cara baik dan bila tak diperlukan sepatutnya bincang lah juga dengan cara baik,” katanya.
Kedua-dua pelakon tersebut dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 November tahun lalu dengan pelantikan itu diumumkan sendiri oleh Saifuddin.
Sebelum memegang jawatan Setiausaha Kebudayaan, Ahmad Idham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pebadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Saifuddin dilapor berkata, Ahmad Idham dilantik kerana berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.
Eizlan pula, katanya tidak asing dalam industri dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Baharu Dakwa Ada Gejala Buli Di Set Penggambaran, Ini Teguran Ahmad Idham! - “Nak Dapat Publisiti Pun Jangan La Sampai…”

gempak
12/11/2024
23:55 MYT
Pengarah Ahmad Idham memberi teguran kepada seorang pelakon baharu yang mendakwa budaya buli antara pelakon junior dan senior masih lagi wujud sehingga kini.
gegar-vaganza-11

GV11: Zehra Zambri Tak Menyesal Berhenti Kerja - "Ini Juga Minat Saya Dari Dulu, Cuma ..."

gempak
11/11/2024
12:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11) Zehra Zambri akui pada awalnya sukar membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menyertai GV11.
gegar-vaganza-11

Nama Disebut-Sebut Sertai GV11, Anis Suraya Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri Hiburan & Pertandingan - “Maaf Jika Ada Yang Masih Menunggu”

gempak
10/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi Anis Suraya akhirnya tampil memberi respons selepas namanya menjadi sebutan ramai untuk menyertai program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.
Hiburan

Tular Semula Foto Beg & Kasut Mewah Vivy Yusof, Netizen Buat Kira-Kira - “Keseluruhan Jumlah Lebih Kurang RM 1.5 Juta…”

gempak
05/11/2024
01:11 MYT
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai isu kerugian pelaburan dana awam yang melibatkan pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Unitar