HIBURAN
"Sedar Pasangan Curang Tapi Masih Belum Mampu Melepaskan" - Kat Roshan
Buat pertama kali bergabung, penyanyi dan penulis lagu berbakat, Adam dan Kat Roshan, tampil dengan karya baharu berjudul Hey U, menampilkan sisi muzik yang lebih santai dan berbeza daripada kebiasaan mereka.
Menurut Kat Roshan, lirik Hey U mengupas tentang tarikan dan ketahanan dalam hubungan yang penuh ketidaktentuan, sementara melodinya membawa nuansa yang lebih ringan kepada peminat.
“Saya yakin ramai yang boleh mengaitkan diri dengan mesej dalam lagu ini. Harapan saya adalah agar ia dapat menyentuh hati pendengar dan memberikan impak positif.
“Saya menyampaikan lirik yang mencerminkan kekecewaan dan sindiran seorang wanita yang menyedari kecurangan pasangannya tetapi masih belum mampu melepaskannya,” katanya.
Bagi Adam pula, Hey U berkisarkan tentang seorang wanita yang sangat mencintai pasangannya, sementara lelaki tersebut berusaha mengubah sikap buruknya yang sering curang.
“Lagu ini adalah kisah cinta tiga segi yang tipikal tetapi sangat dekat dengan kehidupan ramai orang.
“Saya mahu lagu ini membuatkan orang tersenyum. Ia ringan, menyeronokkan, dan boleh dikaitkan dengan banyak kisah cinta di luar sana,” ujarnya.
.jpg)
.jpg)
Shooting MV di Paris
Menariknya, video muzik Hey U menjalani penggambaran dalam masa yang singkat di beberapa lokasi indah di Paris, Perancis.“Kami hanya mempunyai satu setengah hari untuk merakam video muzik ini, jadi semuanya terasa spontan.
“Namun, saya sempat mengalami sedikit masalah kesihatan akibat makanan, tetapi berjaya menghabiskan penggambaran,” kongsi Kat.
Lagu ini terhasil daripada kolaborasi dengan beberapa individu kreatif, termasuk Asyraf Nasir sebagai penulis lirik bersama serta Radityo dan Jayson Teoh sebagai penerbit.
Sementara itu, video muziknya diarahkan oleh Tobias Nash, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Kat Roshan dalam MV I’m A Rebel.
BERITA TRENDING: Asyraf Nasir & Kat Roshan Bawa Beg 15kg Ke London Untuk Satu Babak? | GMW Highlights
BERITA TRENDING: Kat Roshan & Asyraf Nasir - I'm a Rebel! | Gempak Jam Session
Hey U kini boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik utama.Must-Watch Video