,
Hiburan

Sedap Tapi Rendah Kalori, Fazley Buat Kejutan Dengan...

Asraf Aided
03/01/2020
13:42 MYT
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaacob telah membuka restoran terbaru, Minang Tapau khusus buat penggemar makanan Minang.
Menurut Fazley, restoran tersebut berkonsepkan ekspres dan santai, sesuai bagi mereka yang menjalani gaya hidup sibuk.
"Saya sudah merancang untuk membuka restoran ini hampir setahun yang lalu, akhirnya dapat dilaksanakan bermula penghujung 2019.
"Boleh dikatakan Minang Tapau ini merupakan restoran Suka Sucre versi ekspres di mana pelanggan boleh menikmati makanan di restoran atau 'tapau' ke rumah," kata Fazley kepada Gempak.
Tambah Fazley, semua menu yang dihasilkan di restoran tersebut adalah rendah kalori.
"Semua menu yang disedikan di sini adalah rendah kalori, kami mengurangkan penggunaan santan, garam dan sebagainya.
"Termasuklah teh tarik yang dihasilkan juga menggunakan stivia tanpa mengurangkan rasa asalnya," ujarnya.
Antara makanan yang dihidangkan adalah Minang Bowl, Pasta Bowl, Bubur Podeh dan Bubur Dessert.
Terletak di Plaza Damansara, Minang Tapau mula beroperasi sejak semalam (2 Januari 2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!

gempak
28/03/2024
13:00 MYT
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Terkini

Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

gempak
27/03/2024
07:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob menjawab dakwaan mengenai adiknya, Raf Yaakob yang dikatakan sudah mempunyai pengganti baharu selepas baru sahaja setahun bercerai dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid.
Laman Utama

Fazley Tolak Dakwaan Rumah Tangga Raf & Mawar Bergolak - “Apa Sahaja Yang Berlaku Dia Akan Cerita”

gempak
30/10/2023
08:03 MYT
Ini kenyataan Fazley
Laman Utama

Belum Terfikir Ikut Jejak Arwah Bapa, Fazley Yaakob Akui Terima Tawaran Jadi Ahli Politik; “Lebih Baik Saya Berkhidmat…”

gempak
12/10/2022
07:55 MYT
Menarik juga kalau Fazley Yakoob jadi ahli politik...
Laman Utama

"Pesakit Tak Rasa Macam Makanan Orang Sakit" - Fazley Hasilkan Menu Baharu Hospital, Bukan Bubur & Sup Semata-Mata!

gempak
05/10/2022
08:55 MYT
Menarik menu-menu yang dihasilkan Fazley Yaakob.