,
Laman Utama

Sebrian Shah Hilang 4 Ahli Keluarga, Lagu Maafkan Rasa Lebih Hiba! - "Masa Tak Boleh Putar Balik"

Amri Hassan
26/08/2023
15:24 MYT
Buat pendatang baharu industri muzik tanah air, Sebrian Shah, kehilangan orang tersayang pastinya meninggalkan kesan yang mendalam, apa lagi 4 kesemuanya.
"Saya mengumpul kekuatan dalam berkarya kerana kehilangan 4 ahli keluarga yang amat disayangi.
"Lagu Maafkan hasil ciptaan barisan komposer muda, Amzar Razqa, Ijlal Afiq dan Emeer Bakri menjadi taruhan pertama saya dalam menembusi pasaran muzik tempatan dan diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG),” jelas jejaka kacak kacukan Melayu-Melanau-Cina ini, 24 tahun.

Belajar vokal dengan Cikgu Shafi

Walaupun baharu sahaja hadir dengan single pertama, Sebrian sudah pun dalam proses menyempurnakan rakaman single kedua dan ketiga yang memerlukan penguasaan vokal yang total.
"Saya menghadiri kelas vokal bersama Cikgu Shafi yang diaturkan oleh pihak AEG sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi mengasah kekuatan vokal untuk memudahkan proses rakaman seterusnya," jelas mahasiswa dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di Lincoln University.
Dilahirkan di Johor Bahru, Sebrian sememangnya meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi.
"Seingat saya ketika berusia 9 tahun, bapa ada menghadiahkan sebuah set karaoke kerana sedar dengan minat saya yang suka menyanyi dan pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian dalam Bahasa Cina dan Inggeris kerana menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan mula menyanyi dalam Bahasa Melayu sepenuhnya ketika di sekolah menengah sehingga di universiti, akhirnya bakat saya dicungkil oleh AEG dan mereka terus melamar saya menjadi artis rakaman," katanya.

Hilang 4 ahli keluarga

Single MAAFKAN dalam nuansa pop balada ini menceritakan tentang kehilangan orang tersayang di mana masa yang diberikan sangat mencemburui kehidupan yang singkat ini, hanya kemaafan yang dipinta dan penyesalan kerana tidak dapat bersama lebih lama.
"Saya telah kehilangan 4 orang ahli keluarga yang amat saya sayangi dalam 4 tahun berturut-turut, sesi rakaman bermula sejurus pemergian atuk tersayang dan rakaman terakhir pula diadakan beberapa hari setelah kehilangan ibu saudara.
"Lagu ini dekat dengan jiwa saya di mana dalam menjalani kehidupan sebagai seorang siswa dan juga penyanyi, masa semakin tidak mencukupi kerana cuti semester dihabiskan dengan aktiviti nyanyian. Saya tidak mengeluh kerana ini adalah jalan hidup yang saya pilih demi masa depan yang cerah," tambahnya.

Masa tak boleh putar balik

Video muzik (MV) single MAAFKAN merupakan hasil idea Sebrian sendiri dengan sentuhan peribadi, “Saya hanya ingin menyampaikan mesej kepada semua bahawa masa itu amatlah berharga dan tidak boleh diputar semula, untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa menontonnya di YouTube nanti!”
Lagu MAAFKAN boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, iTunes Store, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.