HIBURAN
“Sebenarnya Anak Saudara Yang Bertunang Bukan Saya” - Fairuz Selamat
Penyanyi, Fairuz Selamat tampil menjelaskan salah faham netizen mengenai dirinya yang disangka sudah mengikat tali pertunangan.
Anak saudara yang bertunang
Fairuz menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram berkata orang yang bertunang adalah anak saudaranya.“Saya tak rancang nak post, tapi story tadi macam menggegak gempita di DM saya dengan kebanjiran ucapan tahniah dan pertanyaan lebih lanjut.
“Bukan saya tau. Kalau saya, sudah tentu kalian akan dijemput dalam satu majlis bertemakan pasar malam di mana tetamu perlu membawa makanan dan majlis berjalan secara potluck,” ujarnya bergurau.“Untuk menjernihkan air dari dibiar menjadi keruh dan akhirnya disangka kepala air yang memberi bahaya kepada sejagat, sebenarnya anak saudara saya bertunang.
ARTIKEL BERKAITAN:Pemain Badminton Malaysia Bertunang Dengan Pemain Badminton Jepun
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Sudah Bertunang Dengan Amira Othman, Fattah Amin Tampil Beri Respons - “Saya & Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN:Ruhainies Berang Individu Buat ‘Kad Undangan Pertunangan’ Guna Namanya – “Saya Tak Halalkan Awak Berbisnes…”
ARTIKEL BERKAITAN:Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri
ARTIKEL BERKAITAN:Fenomena BASS Makin Menjadi! Netizen Buat Video Suntingan Syed Saddiq-Bella Astillah ‘Berkahwin’ Pula - “Tumpang Berangan Kejap”
Membesar bersama
Dalam pada itu, Fairuz juga turut memberikan ucapan istimewa buat anak saudara kesayangannya itu.“Ia sangat istimewa bila kalian ada saat dia lahir, dan sekarang dah besar panjang dan menjadi tunangan orang.“Apapun, ikatan yang terpatri istimewa untuk saya, sebab Syahirah ni antara anak saudara yang membesar dengan saya. “Memang kira kalau dia ohsem, mesti memang sebab melekat dengan Acu dia dari kecik. Sampaikan dulu kalau saya balik universiti, demam-demam lah dia sebab rindukan acu dia.
“Aturan dan kitaran hidup, jodoh dan ajal. la bergulir disekililing kita dan ia akan sentiasa menjadi momen misteri dan menduga untuk saya,” coretnya.
Berikut merupakan hantaran penuh Fairuz:
Must-Watch Video