,
Laman Utama

"Sebelum Saya Ambil Tindakan"- Amir Jahari Minta Ahli Parlimen Padam Lagunya Dalam Video Politik

Syafiqah Jalal
11/03/2023
01:42 MYT
Wakil pengurusan komposer dan penyanyi Amir Jahari meminta Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menarik balik lagu Hasrat yang dimuatkan dalam video menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas Pengurus Amir, Joe Lee dalam ciapan Twitternya menggesa Mas Ermieyati segera memadamkan lagu tersebut yang digunakan tanpa izin.
"Kepada @emysamsudin, bagi pihak @amirjaharimuzik sila padamkan video ni dengan penggunaan tak berizin dari penulis lagu, lirik dan penyanyi #Hasrat iaitu @amirjaharimuzik
"Saya minta cara elok, sebelum saya ambil tindakan seterusnya. Hormati soal hakcipta pemilik karya," ciap Joe Lee.
Sebelum itu, Amir Jahari meluahkan rasa tidak puas hati kerana lagu ciptaannya itu digunakan untuk tujuan politik.
Katanya, dia tidak mahu Hasrat digunakan untuk tujuan atau agenda politik.
"Aku tak izinkan kau guna lagu aku untuk agenda politik. Kau boleh pakai, tapi aku tak izinkan...pandai- pandai jawab dalam kubur nanti," ciapnya di Twitter.
Untuk rekod, Hasrat adalah ciptaan sepenuhnya Amir yang dijadikan runut bunyi untuk filem Imaginur lakonan Beto Kusyairy dan Diana Danielle.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.
Muhyiddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar wang jaminan RM2 juta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Hiburan

The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara

gempak
04/09/2024
05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan