gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fazura Beri Kata Semangat Untuk Wanita Baru Sahaja Bercerai - “Kalau Dah Rasa Kosong Itu Petanda Memang…”
HIBURAN
Nasihat Aliff Syukri Untuk Suami Isteri Berdepan Masalah Rumah Tangga - “Perempuan Kalau Dah Kecewa & Marah…”
HIBURAN
Elizabeth Tan Dedah Sanggup Berjaga Malam Kerana Ini - "Memang Addictive!"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Gagal B*nuh Suami, Wanita Dipenjara Selepas 17 Maut Minum Susu Dicampur Racun

gempak
Gempak
19/04/2025
16:30 MYT
Sponsor Banner
Gagal B*nuh Suami, Wanita Dipenjara Selepas 17 Maut Minum Susu Dicampur Racun
Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa mencampurkan racun ke dalam minuman suaminya dalam usaha melarikan diri daripada perkahwinan paksa di Multan, Pakistan.
Tindakan itu mengakibatkan 17 ahli keluarga suaminya maut selepas tanpa sengaja meminum susu tersebut.
Wanita berkenaan, Aasia Bibi, 21, bertindak mencampurkan racun yang diperoleh daripada teman lelakinya, Shahid Lashari, selepas berdepan tekanan hidup akibat perkahwinan paksa oleh keluarganya.
Bagaimanapun, suaminya, Mohammad Amjad, tidak meminum susu tersebut.
Sebaliknya, ibu mentua Aasia difahamkan telah menghidangkan minuman berkenaan kepada 27 ahli keluarga yang lain.
Menurut Ketua Polis Daerah Multan, Sohail Habib Tajik, perbuatan itu menyebabkan 17 mangsa termasuk kanak-kanak meninggal dunia akibat keracunan.
“Setakat ini, angka kematian adalah seramai 17 orang dan 10 lagi masih dirawat di hospital.
“Aasia dan teman lelakinya, Shahid, telah ditahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan tersebut,” katanya.
Sebelum ini, Aasia difahamkan pernah beberapa kali berbincang dengan keluarganya untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya, namun ditolak hingga dipaksa bernikah dengan sepupunya sendiri.
Dia juga pernah melarikan diri dan merayu untuk berpisah dengan suaminya, namun tidak diendahkan keluarganya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Suami
#Bunuh
#Susu
#Pakistan
#Gagal
#Racun
Must-Watch Video