,
Viral

"Sebelum Ni Edit Lutut Sebab Tak Yakin, Nak Kecam Silakan” - Haneesya Hanee

Fiza Kamarudin
09/08/2019
08:10 MYT
Nama pelakon dan model Haneesya Hanee tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik foto di Instagram (IG)nya awal pagi tadi.
Foto Haneesya mengenakan dress pendek paras peha dan jaket putih itu disertakan kapsyen mengenai dirinya yang kurang berkeyakinan dengan bahagian lutut sendiri.
“Tahu tak dalam gambar sebelum ini, saya tak yakin dengan lutut sendiri. Ya, sebagai manusia biasa saya juga ada rasa tidak yakin pada diri walaupun sentiasa dilihat konfiden oleh semua orang.
“Disebabkan itulah, saya edit gambar pada bahagian lutut sebelum ini. Saya perlu melawan rasa tidak yakin dan rasa kekurangan itu, untuk kembalikan rasa konfiden.
“Saya dah tak kisah…Edit kena kecam, tak edit pun akan kena kecam. Jadi, silakan!,” tulisnya.
Kesilapan Haneesya ialah membuka ruang untuk dikecam, oleh sebab itu netizen tidak membuang masa dan terus mencemuh bahagian lututnya yang agak gelap. Bagaimanapun, di kalangan yang mencaci Haneesya masih ada yang memuji keberanian pelakon berwajah exotic itu.
Kata mereka, Haneesya telah membuatkan diri berasa lebih yakin dan tidak malu lagi dengan kelemahan dimiliki.
Bagaimanapun, posting tersebut telahpun dipadam Haneesya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.