gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sebaris Pendakwah Hebat, Neelofa Kagum Dengan Ustazah Dunia & Oki Setiana Dewi - “Kami Sebaya Tapi Apa Yang Bezakan Adalah…”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
02/02/2025
02:00 MYT
Sponsor Banner
Sebaris Pendakwah Hebat, Neelofa Kagum Dengan Ustazah Dunia & Oki Setiana Dewi - “Kami Sebaya Tapi Apa Yang Bezakan Adalah…”
Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa teruja apabila dapat bersama-sama dua pendakwah bebas antarabangsa iaitu Ustazah Dunia Shuaib dan Ustazah Oki Setiana Dewi baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Neelofa menyatakan dia sangat mengagumi dua insan hebat tersebut terutama sebagai seorang muslim.

Berkongsi Usia Sama

Kongsi Neelofa lagi, apa yang membuat dia berasa kagum adalah mereka berkongi usia yang sama.
Dalam pada itu, Neelofa menyifatkan Ustazah Dunia dan Ustazah Oki adalah sumber inspirasinya dalam setiap aspek terutamanya tentang agama Islam.
“Saya merasakan aura yang berbeza apabila berada di sekeliling dua wanita hebat ini.

“Apa yang membuatkan saya lebih mengagumi mereka ialah kami sebaya, kami lahir pada tahun yang sama.

“Tetapi apa yang membezakan kami? Ilmu pengetahuan tentang Islam yang Allah kurniakan kepada mereka... kefasihan mereka berbahasa Arab, kefahaman mereka yang mendalam tentang agama.

“Masha-Allah, saya benar-benar terinspirasi untuk menjadi seperti mereka semampu saya,” coretnya positif.

Ustazah Dunia dan Ustazah Oki tampil pada sebuah majlis ilmu yang diadakan di ibu negara pada Sabtu.
Dalam majlis tersebut, Neelofa turut membuat penampilan istimewa.
Topic Berkaitan
#Neelofa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement