,
Hiburan

Sebagai Langkah Berjaga-jaga, Penggambaran The Amazing Race Ditunda Kerana Koronavirus!

Fiza Kamarudin
02/03/2020
03:33 MYT
Program realiti kembara perlumbaan 'The Amazing Race' digantung pembikinannya buat sementara waktu gara-gara penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
Menurut jurucakap syarikat penyiaran CBS, ini merupakan satu langkah berjaga-jaga terhadap wabak yang telah mengorbankan hampir 3,000 orang di seluruh dunia.
"Disebabkan peningkatan kebimbangan dan ketidakpastian mengenai coronavirus di seluruh dunia, CBS dan pengeluar 'The Amazing Race' telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggantung sementara produksi musim ke-33 siri ini," kata jurucakap itu.
Pihak CBS turut memaklumkan bahawa tiga episod untuk musim baharu ini telah selamat dijalankan pengambarannya.
Pada masa sama filem aksi "Mission: Impossible" yang dilakonkan oleh Tom Cruise yang dijadualkan mengadakan pengambaran di Itali juga terpaksa ditangguhkan kerana wabak tersebut kata Paramount Pictures.
Rancangan yang dikendalikan oleh Phil Keoghan merupakan rancangan televisyen pertama yang terpaksa ditunda penggambarannya kerana masalah wabak COVID-19.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ikuti Langkah-Langkah Mudah Ini Jika Anda Positif COVID-19 Pada Hari Mengundi

gempak
18/11/2022
10:50 MYT
Mudah sahaja
Laman Utama

“Zaman SARS, 11 September Saya Dah Lalu” - Sherry Ibrahim Beri Sebab Kenapa Berani Travel Ketika Pandemik

gempak
04/05/2022
13:50 MYT
Sherry nak travel raya ini
Laman Utama

Batuk Tak Berhenti, Tekak Macam Nak Terkoyak, Sissy Iman Bimbang Dirinya Dijangkiti COVID-19

gempak
21/03/2022
03:50 MYT
Semoga cepat sembuh Sissy Iman!
Laman Utama

Netizen Kongsi Kesan Long COVID - Ada Yang Hampir Setahun Hidu Bau Busuk, Ada Yang Nak Berjalan Pun Penat

gempak
16/03/2022
06:50 MYT
Ada segelintir yang menderita kesan COVID berpanjangan
Laman Utama

“Dah Booster Pun Sakitnya Bukan Main, Bayangkan Kalau…” - Dijangkiti COVID-19, Karl Shafek Alami Gejala Teruk

gempak
16/03/2022
04:50 MYT
Karl Shafek dijangkiti COVID-19, alami gejala teruk
Unitar