,
Laman Utama

“Sebagai Anak TUDM Pencen, Aku Bangga Gila Dengan Filem Ni!” - Baru Ditayangkan, Air Force The Movie Dah Dapat Pujian!

Mya Amri
28/08/2022
04:29 MYT
Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini mendapat perhatian ramai pihak.
Filem yang dinantikan ramai ini akhirnya telah menemui penonton bermula 25 Ogos lalu dan ternyata mendapat reaksi positif netizen.
Antara yang menarik adalah komen ditulis oleh seorang individu yang mengakui bapanya merupakan seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga bangga dengan filem Air Force The Movie.
Katanya plot penceritaan diolah dengan baik selain turut menyatakan babak-babak kegemaran pilihannya.
“Sebagai anak TUDM pencen. Aku bangga gila dengan filem ini. Production did their best! My dad also like the plot, clear & straight forward.
“Tidak ada banyak flashback. Masuk minit ke 15-20 je terus battle on ground. Scene favorite aku manouvere jet fight!” tulisnya.
Untuk info, filem ini menampilkan pelakon-pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Air Force The Movie juga dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films serta SixFun Media..
Jadi kepada yang belum menonton, dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan pertempuran hebat Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam.
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Kapten Adib (Adi Putra) dan Mejar Adnan (Nas-T) bersama skuad Pasukan Khas yang telah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan.
Di dalam penerbangan semasa perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh kumpulan pengganas.
Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan mereka semua.
Zafran (Aiman Hakim), abang ipar kepada Adib yang juga seorang juruterbang pesawat pejuang Sukhoi serta aset-aset tempur TUDM yang lain telah secara bersama diaturgerakkan untuk menyelamatkan mereka.
Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

gempak
27/08/2024
03:55 MYT
Aset-aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain akan melakukan latihan penerbangan taktikal rendah bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.
Berita

PMX Kesal Usaha Murni Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia Dikritik

gempak
18/08/2024
02:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa amat kesal dan sedih susulan sikap sesetengah pihak yang mengecam dan mengkritik langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.
Berita

Dua Pesawat TUDM Bawa Rakyat Palestin Cedera Selamat Tiba Di Pangkalan TUDM Subang

gempak
16/08/2024
08:51 MYT
Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.
Terkini

Pelajar-Pelajar UPNM Ini Naik Pesawat TUDM Balik Sabah Sambut Hari Raya

gempak
04/04/2024
01:55 MYT
Menerusi platform TikTok, pelajar-pelajar ini merakam momen-momen istimewa itu untuk dikongsikan dengan wargamaya.
Laman Utama

Salute! Kini Cecah RM30 Juta! Ada Yang Minta Mahu Air Force The Movie 2

gempak
21/09/2022
15:00 MYT
Kalau ada Air Force 2 pun macam menarik ek.