,
Berita

"Sebab Tu Tuhan Dah Tarik Balik Apa Yang You Ada" - Netizen Dakwa Aishah Angkuh, Ini Responsnya...

ZULHILMI JALIL
23/11/2020
03:15 MYT
Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak yang mendakwa dirinya sebagai seorang individu yang mempunyai masalah sifat keperibadian angkuh.
Perkara itu dikongsikan Aishah menerusi satu hantaran di Instagram dengan memuat naik paparan mesej peribadi (DM) yang diterimanya daripada netizen.
"Satu masalah Aishah ni ialah terlampau arrogant (angkuh)..sebab tu Tuhan dah tarik balik apa yang anda ada. Semoga jadi pengajaran.. ps: Memang anda nyanyi tak sedap hari itu. Terima sahajalah hakikat," tulis individu berkenaan.
Mesej tersebut diterimanya selepas menggantikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu dalam sebuah program nyanyian baru-baru ini.
Begitupun, Aishah kemudian menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.
"Wow, hebatnya awak jatuh hukum pada saya. Awak betul-betul kenal saya ke?
"Memang rancang untuk 'attack' (serang) ye atau kena bayar?? Jangan selindung-selindung dik, mari jumpa saya. Itupun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM saja nak kutuk saya," katanya.
Jelas Aishah, dia bukanlah seorang yang angkuh, sebaliknya hanya seorang individu yang mempunyai pendirian tersendiri.
"Ramai yang salah anggap 'having principles' ( ada prinsip) sebagai 'arrogance' (angkuh). Mari jumpa saya depan-depan saya boleh jelaskan kepada anda perbezaannya.
"Jangan jadi pengecut, baling batu sembunyi tangan. Tunjuk gambar muka anda yang sebenar supaya pengikut saya boleh kenal awak," katanya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati pelantun lagu Janji Manismu itu untuk tidak mengendahkan kritikan sedemikian.
"Kak Aishah tolong jangan layan.
"Ya Allah kurang ajarnya dia Kak Aishah, tak sepatutnya dia buat macamtu!! Sabar ya Kak Aishah," komen sebahagian peminatnya.
Sebelum ini, Aishah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Ada yang memuji nyanyiannya, bahkan ada juga yang menyifatkan nyanyiannya kurang menyerlah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”

gempak
17/11/2024
03:55 MYT
Perkongsian video penyanyi Aina Abdul yang memaparkan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 berjaya meraih perhatian netizen.
Unitar