,
Laman Utama

Sebab Sayangkan Negara, Chong Wei Tambah Seorang Lagi Warga Malaysia - “Doakan Smooth Pregnancy Mew Choo”

Izwan Isa
18/09/2022
08:50 MYT
Datuk Wira Lee Chong Wei memang kerap menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi pendapat dan menyampaikan sebarang pesanan kepada pengikut.
Tidak keterlaluan dikatakan, peminat-peminat bekas pemain badminton negara itu juga sering menantikan perkongsian Chong Wei yang spontan dan kadang-kadang kedengaran lucu!
Berbanding perkongsian sebelumnya, kali ini, Chong Wei berkongsi satu berita manis buat rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di Instagram yang dibuat sempena hari Malaysia, secara spontan memberitahu yang isterinya, Datin Wong Mew Choo kini hamil anak ketiga.
Bapa kepada Kingston dan Terrance itu memohon agar semua mendoakan proses kehamilan isterinya kali ini berjalan dengan lancar.
“Sebab sayang sangat negara kita, kita tambah satu lagi warga Malaysia! Minta semua tolong doakan smooth pregnancy Datin Wong Mew Choo.
“Tanya budak-budak, mereka nak baby boy or baby girl. Terrance kata tak kisah papa, janji baby dan mommy sihat. Terus bergenang air mata Mew Choo.
“Tak sempat nak habis terharu, Kingston mahu baby girl. Saya tanya kenapa, mungkin sebab dia matang, nak adik perempuan sebab dah ada adik lelaki.
“Kingston cakap you punya pasal lah. Tak nak beli controller lebih untuk Nintendo Switch saya. Ada dua je ni. Kalau ada lelaki lagi, kuranglah chance untuk saya main,” kongsi Ching Wei.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

5 Tahun Menunggu, Kieda Crepe Hamil Anak Ketiga

gempak
08/07/2024
03:55 MYT
Pemilik perniagaan pencuci mulut, Kieda Crepe menzahirkan rasa syukur selepas dia disahkan hamil.
Laman Utama

“Kadang-Kadang Saya Pun Lupa” - Kaka Azraff Syukur Hamil Anak Ketiga, Masih Kekal Aktif

gempak
15/02/2023
08:45 MYT
Kaka aktif betul siap buat persembahan dekat AJL37 tau.
Laman Utama

“Badan Gigil, Demam, Pinggang Sampai Kaki Macam Hilang Rasa” - Nadya Syahera Kongsi Dugaan Bersalin Anak Ketiga

gempak
28/03/2022
00:02 MYT
Nervous bila dengar pengalaman Nadya ni.
Laman Utama

Alami Masalah Penghadaman, Izreen Azminda Minta Bantuan Kongsi Petua - "Kena Minum Nescafe Baru Okey Tapi Risau ..."

gempak
04/06/2021
09:00 MYT
Minum vitagen tak jalan, makan buah pun tak lut.
Hiburan

Isteri Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Ibrahim Jibriel Pilihan Nama Anak Fad Bocey

gempak
20/10/2020
00:45 MYT
Tahniah!