,
Hiburan

Sebab Muka ‘Budak Baik’, Alvin Chong Dedah Pernah Ditolak Pihak Produksi Filem Aksi

Asyraf Roslan
05/09/2024
07:55 MYT
Apalah guna menjadi seorang pelakon namun hanya boleh memainkan satu watak sahaja.
Sebagai pelakon sudah pasti mereka mahu mencuba pelbagai watak supaya tidak duduk didalam zon selesa sehingga dikenali dengan watak itu sahaja.
Begitu juga dengan pelakon, Alvin Chong yang dahagakan watak yang berbeza untuk setiap naskah yang diterimanya.
Menurut Alvin,33, sasarannya adalah untuk mencuba melakonkan karakter yang lebih berat kerana kini dia hanya diberikan watak yang lebih kurang sama.

“Setakat ini, watak yang saya dapat semuanya lebih kurang sama, iaitu hero kacak dan baik.

“Saya menanti juga watak yang lebih mencabar, tetapi rezeki itu masih belum dapat.
“Saya teringin juga watak lelaki psiko dalam naskhah ‘serial killer’, namun belum dapat lagi sebab orang nampak saya macam budak baik,” katanya. Alvin yang juga penyanyi akui buntu bagaimana caranya untuk menyakinkan pengarah dan pihak produksi untuk memberikannya peluang untuk mendapatkan watak-watak yang lebih ganas.

“Nak buat macam mana, takkan nak suruh saya pergi tanam janggut, misai dan sebagainya untuk nampak lebih ganas?

“Saya pun tak tahu nak buat macam mana sebab saya nak juga watak berbeza, nanti orang bosan juga kalau asyik tengok lakonan sama sahaja,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Netizen Tak Berkenan Tengok Alvin Chong Pakai Macam Androgini - "Maaf, Tak Sesuai Dengan Awak"

BERITA TRENDING: Alvin Chong Artis Malaysia Pertama Buat Video Muzik Di…… | GMW Specials

BERITA TRENDING: “Saya Terjaga Dalam Keadaan Menangis “ - Alvin Chong

Pada masa sama, pelakon yang popular dengan drama Suri Hati Mr.Pilot itu juga mendedahkan dia pernah ditolak pihak produksi untuk sebuah filem aksi hanya kerana mempunyai wajah ‘budak baik’.
“Saya pernah pergi uji bakat untuk sebuah filem aksi bagi watak polis atau tentera.
“Pada mulanya mereka cakap lakonan okey, tetapi pengarah cakap muka terlalu baik, jadi saya tak dapat dan watak itu diberikan kepada pelakon lain,” tambahnya.
Alvin kini sedang menjalani penggambaran bersama Siti Khadijah Halim untuk drama Rahsiamu Selamat Denganku.
Selain Alvin dan Siti Khadijah, pelakon yang turut menjayakan drama tersebut adalah Haziq Dean, Fadhlan Hazim, dan Adriana Adnan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.