,
Laman Utama

“Sebab Mona Orang Jadi Menyampah, Benci” - Ziema Din Okay, Dah Lali Dikecam

Mya Amri
10/05/2022
06:30 MYT
Impak watak Datin Mona yang dibawakan oleh Ziema Din dalam drama Dendam Seorang Isteri nampaknya semakin menjadi-jadi.
Diaebabkan Mona jugalah Ziema telah menerima begitu banyak kecaman kerana ramai yang sakit hati melihat karakter itu.
Bagaimanapun, Ziema memberitahu tidak ambil hati dengan tomahan yang diberikan dan menganggapnya sebagai perkara biasa.
“Setakat ini… Alhamdulillah apa yang saya rancang dari awal, belajar dan research, Mona adalah macam tu.
“Sebenarnya sedikit sebanyak saya rasa macam puas juga. Bagi saya bila orang kecam itu tandanya sangat bagus untuk saya.
“Maknanya watak yang dimainkan itu berjaya. Sampai ke hari ini masih ada yang geram dengan Mona.
“Saya tidak ada buat rujukan mana-mana cuma bila dapat skrip saya akan buat research sendiri. Lagi pun skrip juga bukan dapat semua sekaligus.
“Sebagai contoh episod satu hingga 30 begini, yang selebihnya begini, sebab itu saya akan lakukan research supaya setiap episod itu Mona tidak sama.
“Nanti bila orang tengok akan ada beza sedikit. Macam oh patutlah Mona ni begini, dia jadi macam itu bersebab,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai kecaman yang diterima disebabkan karakter Mona sering terpekik dan menjerit, ini jawapan Ziema.
“Bagi saya itu perkara biasa sebab cara kita menyampaikan sesuatu watak itu berbeza dan karakter itu pula adalah Mona.
“Tetapi mungkin juga disebabkan dia adalah Mona maka menjadi asbab orang rasa terlalu menyampah sangat sampai semua benda jadi benci.
“Tetapi tak mengapa, dah biasa tak ada apa pun. Saya okay sahaja,” jelasnya.
Selain Ziema, Dendam Seorang Isteri juga turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh.
Saksikan Dendam Seorang Isteri secara eksklusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Pada yang terlepas, drama ini juga boleh ditonton menerusi Astro Go dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kecewa Tak Dapat Watak Utama Antagonis, Andy Teh Tetap Syukur Diberi Peluang Berlakon Filem Hong Kong - “Saya Dapat Tahu Pengarah Tukar…”

gempak
17/09/2024
12:55 MYT
Gembira diberi peluang untuk beraksi dalam sebuah filem Hong Kong, pelakon aksi Andy Teh bagaimanapun meluahkan rasa kecewa tidak dapat memegang watak utama antagonis.
Hiburan

Hariz Hamdan Dibenci Kerana Farouk, Ada Makcik Siap Marah Lepas Makan - “ Dia Duduk Sebelah, Pandang-Pandang Lepas Tu…”

gempak
03/07/2024
00:58 MYT
Pelakon, Hariz Hamdan mengetahui dirinya dibenci gara-gara membawakan watak Farouk dalam drama Bunga Salju.
Hiburan

Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”

gempak
01/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Zahiril Adzim mendapat kecaman teruk daripada netizen selepas melakonkan watak antagonis bernama Dr Omar.
Laman Utama

Pekin Ibrahim Terima Petua Pelik Untuk Dapatkan Zuriat - “Bila Bersama Kena Buka…”

gempak
07/09/2023
00:52 MYT
Macam-macam petua la ya...
Laman Utama

[VIDEO] Puji Keberanian Sertai Program Nyanyian, Netizen Nasihat Mona Allen Untuk Fokus Lakonan - “Kalau Begini Pun Boleh Bertanding Maka…”

gempak
30/05/2023
07:55 MYT
Mungkin Mona gementar tu...