,
Hiburan

Schawal Bawa Lara Alana Tunai Umrah

Ahmad Shah
08/06/2016
03:32 MYT
Pasangan romantis, Awal Ashaari dan Scha Alyahya bakal menyambut bulan Ramadan di Tanah Suci. Awal dan Scha akan berangkat ke sana untuk menunaikan ibadah Umrah pada 12 sehingga 22 Jun ini.
“Alhamdulillah, saya dan isteri bersama anak serta ahli keluarga yang lain bakal diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Sebelum ini, kami pernah merancang untuk ke sana semenjak daripada kami baru berkahwin dulu. Perkara itu tidak menjadi kenyataan kerana batasan komitmen dalam kerjaya kami,” kata Awal kepada Astro Gempak.
Ketika keinginan untuk menunaikan Umrah timbul semula, Awal menelefon agensi Umrah untuk meneruskan hasrat yang tertangguh.
“Hasrat kami untuk menunaikan Umrah tahun ini menjadi kenyataan. Ketika hasrat itu timbul semula, saya segera menghubungi agensi Umrah dan mereka memaklumkan yang terdapat kekosongan pada Ramadan ini. Syukur kerana segalanya dipermudahkan,” katanya lagi.
Bakal membawa anak kesayangan mereka, Lara Alana ke Tanah Suci, Awal tidak mahu berjauhan dengan Lara dalam waktu yang lama.
“Pada mulanya, Lara tidak akan dibawa ke sana kerana kami sendiri tidak tahu bagaimanakah keadaannya di sana nanti. Namun begitu, apabila difikirkan semula, kami tidak mahu berenggang dengan Lara kerana kami akan ke sana selama 11 hari.
“Jadi, kami sepakat membawa Lara ke sana. Lagipun, pembantu kami juga akan turut ikut serta. Jika keadaan tidak mengizinkan Lara untuk turut serta, pembantu kami akan menjaganya di bilik hotel sahaja,” kata Awal mengakhiri perbualan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Terjatuh Ketika Bermain, Lara Alana Patah Tangan Kiri

gempak
25/02/2022
03:28 MYT
Semoga Lara cepat sembuh.
Laman Utama

Salahkan Muka Besar Punca Tudung Ketat, Netizen Terhibur Aksi Lara Alana - “Jujur Sangat Ni Lara”

gempak
08/07/2021
09:11 MYT
Betul la kanak-kanak tak pandai menipu.
Laman Utama

Patuh PKP, Awal Dan Scha Tangguh Hasrat Kenalkan Lyla Pada Keluarga

gempak
18/05/2021
03:15 MYT
Keluarga Awal dan Scha pun tak sempat nak jumpa Lyla Amina lagi.
Laman Utama

Scha Alyahya Throwback Video Sebelum ‘Check In’ Hospital, Ramai Touching Bila Lara Alana Menangis…

gempak
22/03/2021
03:15 MYT
Alahari Lara...kenapa sedih sangat ni...
Laman Utama

Awal Ashaari & Scha Alyahya Buka Akaun Instagram Untuk Puteri Kedua, Lee-La Sebutan Betul Untuk Lyla Amina

gempak
14/03/2021
02:14 MYT
Jangan salah sebut pulak..