Berita
Scha Al-Yahya Kenang Pengorbanan Arwah Ibunya Ketika Masih Hidup - “Seorang Wanita Luar Biasa”
Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya meluahkan rasa sedih selepas pemergian ibu tercintanya Junainah Hashim pada Sabtu lepas.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya menggambarkan ibunya itu sebagai seorang wanita yang luar biasa dan banyak mengajarnya erti kekuatan.
“Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini.
“Tapi saya mahu ambil peluang ini untuk mengenang seorang wanita luar biasa yang telah memberikan saya kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Aktres yang popular dengan drama Awan Dania itu turut menyatakan arwah ibunya merupakan penyokong setianya.
Pada masa sama,Isteri kepada Awal Ashaari itu juga memohon doa daripada orang ramai agar urusan ibunya dipermudahkan.
dan mendoakan semoga roh ibunya di tempatkan kalangan orang beriman.
“Kepada mama tersayang, mama adalah penyuluh hidup saya, orang yang paling saya percaya dan penyokong setia serta teman baik saya.
“Saya akan sentiasa membawa kasih sayang, kebaikan dan tawa mama dalam hati saya selamanya. Semoga Allah merahmati roh mama dan tempatkan mama di syurga tertinggi.
“Sentiasalah mendoakan ibu saya. Al-Fatihah,” ucapnya.
Scha juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengirimkan kata-kata semangat buat dirinya serta mendoakan agar dirinya terus kuat ketika dilanda kesedihan.
“Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan kata-kata semangat, dan doa diwaktu yang cukup mencabar ini.
Semangat yang diberikan mengingatkan saya tentang kekuatan yang Allahyarham Junainah binti Hashim ada, sehingga nafas terakhirnya,” ujarnya.
Untuk maklumat, ibu kepada Scha telah meninggal dunia di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 9.40 pagi Sabtu akibat serangan jantung.
Must-Watch Video