,
Laman Utama

#ScammerGengMarhaban: “Mereka Ni Memang…” - Patutlah Cerita Best! Pengarah Dedah Perangai Sebenar Pelakon SGM

Mya Amri
22/06/2023
11:15 MYT
Drama Gempak Original Series, Scammer Geng Marhaban sudah pun memasuki episod akhir.
Dengan lakonan bersahaja Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Ozlynn dan Watie Sadali, ternyata ramai yang menyukai drama tersebut.
Namun mungkin ramai yang tidak menyangka perangai ‘gila-gila’ dan havoc pelakon dalam Scammer Geng Marhaban itu sebenarnya memang benar.
Perkara itu turut didedahkan oleh pengarah Scammer Geng Marhaban iaitu Waan Hafiz.
Menurut Waan, kesemua pelakon yang dipilih sangat bersesuaian dengan karakter masing-masing dan memberikan dedikasi sepenuhnya terhadap karya komedi itu.
“Pemilihan pelakon ini memang kita khas untuk cerita ini. Satu saya suka warna, dalam setiap karya yang saya buat sekali pun kita akan memastikan bahawa pelakon-pelakon kita fit kepada skrip.
“Bukan sahaja skrip tetapi juga jalan cerita supaya kalau komedi dia akan jadi komedi. Jadi tidak mahulah kita cari pelakon yang semata-mata berpura-pura tetapi sebenarnya tidak boleh berlakon komedi.
“Nanti jadi tidak best pula. Pelakon-pelakon semua kita pilih asasnya kalau gila-gila memang kena gila-gila.
“Contoh seperti Madam Sherry, karakternya memang begitu, agak ‘ting tong’ dan memang Ozlynn lah. Macam watak Amir pun sangat sesuai dengan dirinya.
“Begitu juga dengan Lorenzo iaitu seorang abang yang ada tanggungjawab tetapi susah nak handle keluarga yang kelam kabut. Memang perfect untuk dia.
“Qistina pula dia memang kena bawa dua watak jadi kita nak kena cari orang yang boleh tukar watak tu, yang muda jadi dia adalah orangnya.
“Paling penting Hajah Quyyah lah, nak cari orang yang memang gila-gila dalam masa yang sama nampak adabnya, baiknya.
“Memang pelakon utama Scammer Geng Marhaban ini kami cari yang betul-betul menepati karakter untuk memastikan drama ini berjaya,” katanya kepada Gempak.
Jadi nak tahu apa lagi perangai atau kejadian yang berlaku dalam Scammer Geng Marhaban, jangan lupa saksikan episod akhir malam ini tau.
Saksikan Scammer Geng Marhaban yang diarahkan oleh Waan Hafiz ini di Astro Ria, saluran 104, setiap Khamis, jam 11 malam.
Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand.
Ikuti Instagram, TikTok, Twitter, YouTube dan Facebook Astro Gempak atau layari gempak.com untuk ‘digital extension’ siri ini secara ekslusif selain paparan klip-klip menarik Scammer Geng Marhaban.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

gempak
14/08/2024
09:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.
Hiburan

Amir Ahnaf Pernah Jadi Mangsa Buli, Syukur Dapat Atasi Trauma - “Kalau Saya Tak Hadapi Dengan Betul…”

gempak
09/08/2024
12:54 MYT
Pelakon, Amir Ahnaf mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika belajar di sekolah berasrama penuh dulu.
Hiburan

Mantap! Gambar First Look Kahar: Kapla High Council Ni Pun Dah Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

gempak
08/08/2024
11:25 MYT
Setelah sekian lama menanti, akhirnya filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu Kahar Kapla High Council bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada November depan.
Filem

Astro Shaw Umum Watak Ikonik High Council Kembali Dalam Filam Kahar: Kapla High Council, Dedah First Look, Teaser Trailer & Teaser Poster

gempak
08/08/2024
02:14 MYT
Lima nama pelakon utama filem Kahar: Kapla High Council iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu telah pun diumumkan pada bulan lalu.