,
Laman Utama

“Sayu Lihat Rumah Emak…”- Kampung Dilanda Banjir, Normala Samsudin Tak Sabar Nak Jenguk Ibu

Syafiqah Jalal
07/03/2023
04:38 MYT
Bekas personaliti televisyen (TV), Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin akui sayu melihat rumah ibunya ditenggelami air ketika kejadian banjir di kampungnya, Segamat, Johor baru-baru ini.
Pun begitu, Normala Samsudin berserah kepada Tuhan dengan apa yang berlaku kerana itu semua pinjaman di dunia sahaja.
“Sayu melihat rumah emak ini, namun ia hanyalah untuk dunia, ku serahkan keselamatannya pada yang Maha Pencipta segala-galanya.
“Banjir kali in seperti juga banjir yang lepas-lepas. Cuma bezanya, emak semakin uzur, kami semakin menua. Harap generasi akan datang boleh menggalas tanggungjawab menjaga harta benda dan kampung halaman sendiri.
“Tanah Warisan dari arwah Atuk Hj Buyung, jangan sekali-kali digadai kerana ia adalah tanah kelahiran, tanah tempat bertumpang teduh semasa hidup.
“Bertawakkal kepadaNya. Air, tanah, angin dan api itu kurnia pemberianNya, kita belajar tentang hidup susah senang, jatuh bangun, tawa tangis, bahagia duka, hidup kekeluargaan , syukur Alhamdulillah,” katanya.
Pengacara popular pada era lewat 90-an itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto dan video keadaan rumah ibunya yang dilanda banjir.
Dalam satu kemas kini terbaharu, Normala memuat naik foto keadaan ibunya yang masih sihat dan terselamat dari banjir.
Menurutnya ia bukan pengalaman banjir pertama tetapi akui ibunya sudah menua untuk lalui ujian berkenaan.
“Emak di tepi jambatan Buloh Kasap… Emak dah biasa dengan kesusahan banjir begini, sejak lahir beginilah, tapi dulu-dulu banjir 5 hingga 7 tahun sekali banjir besar.
“Sekarang macam tiap tahun banjir… air sungai depan rumah tak pernah surut katanya… kita reda je lah. Harapan dapatlah balik cepat nak cuci rumah pulak. Emakku,” ujarnya.
Dalam entri berkenaan dia memuat naik foto ibunya yang masih sihat berdiri hadapi ujian berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Hiburan

Ejen Insurans Kongsi Kisah Caruman Takaful Fattah Amin - “Ubah Penama Hibah Pada Ibu, Agih Pada Fatimah Jika...”

gempak
15/11/2024
07:25 MYT
Seorang perancang kewangan iaitu Syafique Zainuddin tampil berkongsi mengenai kisah caruman takaful pelakon Fattah Amin.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Unitar