,
Viral

"Sayang Nampak Orang Tua Muka Buruk ..." - Pasangan Ini Kongsi Kisah Seram Ketika Kuarantin Di Hotel

Amri Hassan
14/07/2020
10:20 MYT
Sepasang suami isteri berdepan detik menyeramkan apabila hotel tempat mereka dikuarantin diganggu oleh lembaga misteri.
Kejadian yang berlaku baru-baru ini kata Syazwan Sanosi membuatkan mereka resah dan lega akhirnya dapat keluar dari hotel terbabit.
"Nak dijadikan cerita, kami guru-guru dari Semenanjung, Sabah dan Labuan diarahkan tinggal di sana 14 hari bermula dari tarikh touchdown.
"Sepanjang 14 hari tu, hari-hari saya dan isteri berlalu macam biasa.
"Pada siang hari ke-12 tu, dia sedang mandi dekat bathtub sambil basuh baju.
"Dia sendirian dalam tandas dan tengah khusyuk basuh baju, bahu dia di tepuk. Dia tengok belakang, tiada orang.
"Dia ingat saya duk kacau dia. Dia cepat-cepat basuh baju, terus keluar dan tengok saya tengah lena atas katil," ceritanya.
Ok actually hari ni aku dgn bini aku dh checkout selepas mula dari 26/6 lagi kami laki bini check in sini. So dh bebas, berani la sikit nk share dgn korang ??.
Thread... pic.twitter.com/cqScR5HQlD— syazwan sanosi (@syazwansanosi) July 10, 2020 Gangguan terus berlarutan apabila isterinya menemui rambut panjang beruban di lantai bilik tidur mereka.
"Aku dah syak macam ada benda tak kena.
"Selepas solat sama-sama saya tengok isteri saya semacam. Kemudian kami baca yasin sama-sama.
"Lepas siap semua tu, isteri saya cakap; 'sorrylah, kami tak ambik tempat kau, kami tumpang je'. Ahh sudah..." tambahnya.
Apabila bangun untuk menunaikan solat Subuh, Syazwan terkejut apabila membaca kiriman teks daripada isterinya sendiri.
"Saya tengok telefon isteri saya mesej. Rasa macam lawak apa benda mesej laki sendiri walaupun sebelah-sebelah?
"Saya buka kemudian baca mesejnya; 'Abang, sayang nampak orang tua muka buruk dekat penjuru bilik'.
"Dari mamai-mamai terus bangun mandi solat Subuh. Cuak punya pasal," katanya.
Hari ke-13 berlalu dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran sepanjang malam.
"Jadi kesimpulan dia, saya anggap saya 'benda' tu sekadar nak munculkan diri sebab nak beritahu yang kami berdua sudah masuk kawasan dia.
"Mungkin dia tak suka kami solat, ngaji semua tempat dia," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat

gempak
28/06/2024
23:55 MYT
Seorang wanita berkongsi pengalaman seram apabila suaminya dirasuk semasa dalam perjalanan untuk pergi berubat kerana demam.
Laman Utama

#GempakKeliwon: Lalu Tempat Keras Bawah Pokok Kekabu.. Allahu, Nampak Hantu Penanggal Tengah....!

gempak
18/03/2021
14:00 MYT
Keluar mencari darah wanita bersalin?
Laman Utama

#GempakKeliwon: Allahuakhbar... Patutlah Diberi Hint, Rupanya Bilik Memang Ada Penunggu

gempak
11/02/2021
14:50 MYT
Hati-hati bila masuk bilik hotel.