,
Laman Utama

“Saya Tumpang Rezeki Anak & Isteri” - Ammar Titan Bangkit Selepas Terpalit Kontroversi Tahun 2017

Azwa Rahman
23/11/2021
05:29 MYT
Pelakon dan pelawak Ammar Titan meluahkan rasa bersyukur dengan kehadiran anak keduanya, Mayram Malaika, 2 bulan, yang banyak membuka pintu rezeki buat dirinya dan keluarga.
Menurut Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, dia yang pernah berdepan dengan kontroversi sekitar tahun 2017 lalu kini bangkit dan semakin menerima banyak tawaran lakonan.
“Saya rasa kehadiran Maryan yang kini berusia dua bulan, setiap job yang saya dapat, setiap kali itu juga saya akan cakap dekat dia, “Maryam, abi pinjam rezeki Maryam ya”.
“Sebab bila saya fikir apa yang pernah terjadi pada diri saya, ada orang cakap saya tak boleh bangun dah. Sometimes i do believe that kind of word tapi bila ada anak, saya berkongsi rezeki dengan anak saya. Saya bawa keluarga saya pergi bercuti.
“Setiap pagi saya akan ada moment dengan Maryam. Saya akan cakap, “cik yam, abi tumpang rezeki Maryam ya. Kalau ada apa-apa, abi akan kongsi dengan Maryam balik”,” ujar Ammar ketika ditemubual.
Ammar ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media filem teebarunya Siapa Tutup Lampu yang diadakan di TGV One Utama, Petaling Jaya pada Isnin.
Tambah pelawak ini lagi, dia komited untuk terus berlakon apabila memikirkan isteri dan anak-anaknya yang dirasakan sebagai sumber rezeki utama.
“Bagi saya, saya hidup sekarang pun bukan disebabkan rezeki saya tapi saya menumpang rezeki anak dan isteri untuk saya terus bekerja demi keluarga saya.
“Saya bekerja satu sebab memang passion saya dan keduanya sebab keluarga saya. I want to bring something to the table walaupun sekeping roti ke, at least im happy saya bawa makanan pada isteri dan anak-anak.
“Bila orang kata i went through orang kata time in hell, saya percaya setiap orang akan melalui benda macam tu tapi sejauh mana ujian dan dugaan Allah akan beri pada makhluknya, macam mana kita nak bangun balik, itu semua adalah proses pembelajaran.
“Dulu saya tertanya kenapa orang nak kecam, makilah, tapi bila time goes by, saya nampak benda tu seperti proses memperbaiki diri. Orang yang mengecam semua ibarat seperti teguran la, siapa kita nak control benda yang tak boleh dicontrol. Kita hanya boleh control diri sendiri,” jelasnya lagi.
Imbas kembali, Ammar terpalit kontroversi selepas keterlanjuran kata mempersendakan bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek menerusi satu rancangan komedi, Sukan Tak Sentral yang disiarkan sekitar tahun 2017.
Rentetan isu tersebut, Ammar telah didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan secara sengaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Cari Kelainan, Penerbit Filem 'Siapa Buka Lampu?' Pilih Pengarah Indonesia - "Saya Mahu Sesuatu Yang Mudah Diterima Penonton"

gempak
06/07/2024
09:49 MYT
Demi menyuntik kelainan dalam filem Melayu sulungnya, penerbit Punnagai Poo Gheetha daripada SG Entertainment & Advertising memilih sutradara Indonesia, Reka Wijaya sebagai pengarah filem Siapa Buka Lampu?
Laman Utama

“Apa-Apa Jadi Pada Aku, Kau Puncanya! “ - Ish! Lain Macam Ucapan Selamat Hari Jadi Shuk Sahar Untuk Sera...

gempak
20/12/2021
23:45 MYT
Alamak! Apa pula yang nak jadi tu Shuk?
Berita

Ammar Harap Boleh Kembali Mengacara Semula

gempak
05/06/2018
08:54 MYT
Hiburan

"Tuhan Uji Saya Kerana Dia Rindukan Saya" - Ammar Titan Muhasabah Diri Selepas Digantung Tugas

gempak
21/07/2017
05:05 MYT
Berita

Hina Watson Nyambek, Ammar Titan Dihadapkan Ke Mahkamah

gempak
07/06/2017
02:14 MYT