,
Hiburan

"Saya Tidak Cuba Untuk Merampas Tempat Sesiapa" - Syafiq Kyle

Zulaikha Yusof
23/08/2019
04:08 MYT
Pelakon Syafiq Kyle akui memahami perasaan pelakon teater apabila dirinya terlibat dalam sebuah naskah teater dengan memegang watak utama.
Menurut Syafiq dia tidak berniat untuk merampas tempat sesiapa tetapi hanya untuk mengasah bakat.
"Saya faham perasaan mereka apatah lagi selama ini saya lebih dikenali sebagai pelakon televisyen.
"Jika saya berada pada tempat mereka, saya pasti memberikan reaksi serupa.
"Semua itu saya anggap sebagai cabaran. Saya lebih suka melihatnya dari sudut positif.
"Tuhan meletakkan saya di sini untuk terus mengasah bakat dan memperbaiki mutu lakonan kerana pentas teater sesuai untuk menimba ilmu.
"Semangat saya terhadap lakonan sangat tinggi sampailah saya diduga sehingga ke hari ini.Apabila saya diduga dengan pertikaian orang, mungkin itu akan menaikkan saya ke satu tahap lagi.
"Saya tidak cuba untuk merampas tempat sesiapa. Jika ada yang beranggapan seperti itu, bermakna mereka gagal mengawal ego sendiri," katanya kepada Gempak.
Syafiq ditemui usai pementasan teater Pawana Isabella yang diadakan di Istana Budaya pada malam Rabu lalu.
Pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak turut mengalu-alukan kedatangan pelakon teater di skrin telvisyen.
"Sebagai pelakon, kita perlu mengalu-alukan mereka yang ingin mengasah bakat.
"Kami juga menerima kehadiran pelakon teater di skrin televisyen dengan tangan terbuka.
"Dalam situasi ini kita perlu percaya dengan rezeki," tambahnya lagi.
Kini, Syafiq sedang terlibat dengan pementasan teater Pawana Isabella yang bermula 21 hingga 31 Ogos di Istana Budaya.
Teater Pawana Isabella arahan Erma Fatima itu turut dibintangi Janna Nick, Azar Azmi, Johan Raja Lawak, Ozlynn dan Datuk Afdlin Shauki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

gempak
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.
Hiburan

Masuk Kem Latihan Seminggu, Syafiq Kyle Kongsi Cabaran Ketuai ‘The Real’ Komando Dalam Takluk: Lahad Datu  – “Kami Dilayan Seperti…”

gempak
13/08/2024
11:55 MYT
Pelakon Syafiq Kyle menyifatkan kemunculannya dalam filem Takluk: Lahad Datu adalah antara tanggungjawab yang terbesar yang digalasnya sepanjang bergelar anak seni.
Hiburan

Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Skeptikal, Takut Filem Lakonannya Tak Meletup – “Kutipan Tinggi Itu Bukan Kerja Saya"

gempak
13/08/2024
06:55 MYT
Aktor Syafiq Kyle mendedahkan ada pihak yang melabelnya artis bermasalah sehingga ada pihak yang enggan mengambilnya bekerja kerana takut berdepan kerugian.
Hiburan

Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”

gempak
24/06/2024
01:55 MYT
Pelakon Mimi Lana memuat naik hantaran menyentuh hati di Instagram akaun miliknya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-32 aktor, Syafiq Kyle.