,
Hiburan

“Saya Tidak Berniat Untuk Memiliki Anak Lagi Kerana….” - Bunga Citra Lestari

Gempak
22/07/2024
04:55 MYT
Penyanyi dan juri Gimme The Mic Malaysia, Bunga Citra Lestari tampil memberi respons dakwaan sesetengah warganet mengenai dia kini sedang berbadan dua.

Tiada Perancangan Hamil Lagi

Menurut Bunga atau BCL, dia menjelaskan dirinya tidak mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata buat masa kini.
Jelas ibu kepada Noah Sinclair itu lagi, dia enggan menanggung sebarang risiko buruk sekiranya hamil sekali lagi.

“Saya tiada baby bump pun, sebenarnya itu adalah memang bentuk badan saya. Sehingga ke hari ini saya ingin beritahu, saya tidak berniat untuk memiliki anak lagi kerana Noah sudah remaja,

“Saya juga sudah berusia 41 tahun. Jadi dengan usia begitu saya rasa ia agak berisiko sekiranya hamil lagi.
“Saya ingin mengurangkan segala risiko supaya saya boleh hidup lebih lama dengan Noah,” ujarnya kepada pemberita.
Bunga ditemui pada konsert minggu pertama Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa ‘Bayang' Tiko Menerusi Cermin Mata Hitam BCL Mirip Arwah Ashraf Sinclair

Serah Pada Tuhan

Dalam pada itu, pelantun lagu hits 12 Tahun Terindah itu meyerahkan soal tersebut kepada Yang Maha Esa.

“Bagaimanapun tiada siapa yang tahu dengan takdir Allah. Tiada siapa yang boleh menolak takdir-Nya,” respons Bunga.

Disoal mengenai kehidupannya kini, isteri kepada Tiko Aryawardhana itu bersyukur dia dan keluarga kini bahagia bersama.

“So far so good, hidup harus diteruskan, semuanya tidak selalu sama tetapi saya dan keluarga juga gembira, Alhamdulillah.

“Saya sudah berusia, dah 41 tahun, jadi sekarang hanya menjalani hidup hari demi hari dengan sebaiknya,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Bunga Cintra Lestari mendirikan rumah tangga bersama Tiko Aryawardhana, 43, pada Disember tahun lalu di Bali, Indonesia.
BCL juga pernah berumah tangga dengan pengacara dan aktor asal Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 13.
Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.

Gimme The Mic

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini,
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Teratas, 10 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Pertama Semua Peserta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

gempak
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.