,
Laman Utama

“Saya Tiada Kereta, Dah Terbakar…Nak Beli Tak Mampu…”- Selepas 4 Tahun, Fauziah Nawi Sebak Dihadiahkan Kereta

Syafiqah Jalal
31/10/2022
02:41 MYT
Pelakon hebat Fauziah Nawi bersyukur selepas empat tahun tiada kenderaan untuk bergerak akhirnya dihadiahkan sebiji kereta.
Fauziah menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta sebuah kereta Mitsubishi Xpander.
Terkejut dengan hadiah kereta yang diumumkan pada saat-saat akhir, Fauziah sebak dan terharu apabila doanya selama ini dimakbulkan.
“Selama 50 tahun dalam industri tak pernah saya fikirkan nak dapat anugerah, saya berbesar hati menerima anugerah ini.
“Semua ini untuk anak seni, buat terus. Kita buat kerana kita nak buat, bukan kerana anugerah.
“Sebenarnya, Allah sedang baik dengan saya. Saya tiada kereta dan tidak mampu beli kereta sebab sudah tua.
"Malam ini, Alhamdulillah Allah makbulkan doa miliki kereta... Terima kasih,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.
Fauziah menerima penghargaan itu di acara terakhir pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) semalam.
Fauziah yang ditemui Gempak usai acara itu berbicara lanjut mengenai cabarannya selama empat tahun tidak memliki kenderaan sendiri dan terpaksa bergantung pada jasa baik orang terdekatnya.
Kereta Fauziah jenis Proton Waja sebelum ini terbakar akibat masalah fius dan selepas itu tidak mampu untuk membeli kenderaan lain.
“Sebenarnya kereta saya terbakar empat tahun lalu akibat masalah fius. Sejak itu saya terus patah kaki.
“Saya kemudian bergantung kepada pengurus untuk bawa saya atau anak-anak dan cucu. Kadang-kadang terpaksa tempah GrabCar.
“Saya nak sangat kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan. Nak beli tak mampu dan gak layak nak buat ‘loan’ sebab dah tua.
“Bila dah tak boleh beli tu saya pernah sehingga mengharapkan cabutan bertuah ketika dalam satu acara sebelum ini tapi tiada rezeki.
“Malam ini Allah makbullan doa saya…Memang saya terkejut dan terharu. Sekurang kurangnya bila memliki kereta saya untuk mudahkan pergerakan harian,” ceritanya lagi.
ASA2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan malam kemuncaknya turut dihadiri Menteri Komunikasi & Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular seperti Datuk M. Nasir, Ella, Misha Omar, Hazama, Haqiem Rusli, Tajul dan Datuk Jamal Abdillah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar