Hiburan

“Saya Terpaksa…” - Cik Epal Perjuangkan Hak Penjagaan Anak, Dedah Punca Bawa Kes ke Mahkamah

gempak
Ainun
05/02/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Terpaksa…” - Cik Epal Perjuangkan Hak Penjagaan Anak, Dedah Punca Bawa Kes ke Mahkamah
Pempengaruh terkenal, Cik Epal, mengakui dia perlu memperjuangkan hak penjagaan anak-anaknya, Han dan Yuki.
Menurut Cik Epal, dia terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana pihak Jofliam tidak memberikan kerjasama dalam memastikan hak yang sepatutnya menjadi miliknya.

“Sebenarnya, raya tahun ini saya sepatutnya bersama anak-anak saya, tetapi disebabkan ada pihak yang tidak memberi kerjasama, saya terpaksa bertindak untuk mendapatkan hak saya semula,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya, keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah dibuat atas persetujuan dirinya sendiri bersama peguamnya.
“Persetujuan untuk saya hadir ke mahkamah adalah atas permintaan saya sendiri dan juga peguam saya,”jelasnya.
Oleh itu, Cik Epal berharap segala urusannya dipermudahkan dan dia dapat bertemu semula dengan anak-anaknya.

BERITA BERKAITAN: Cik Epal Anggap Harga ‘Paid Review’ Berbaloi Dengan Hasil - “Bila Nama Sedang Naik, Saya Ambil Peluang Ini Tapi…”

BERITA BERKAITAN: Cik Epal Kongsi Senarai Harga Paid Review, Netizen Terkejut; - “Rezeki Dia…”

BERITA BERKAITAN: "Berani Kerana Benar" - Cik Epal Tetap Pertahan Maruah Diri, Ada Tindakan Terhalang Disebabkan ...

BERITA BERKAITAN: "Setiap Yang Berlaku Ada Hikmah” - Cik Epal Positif Hadapi Dugaan Hidup, Mahu Kemelut Dengan Bekas Suami Selesai Segera

Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut menzahirkan rasa terima kasih kepada netizen yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuknya.
Dia berharap segala doa baik yang diberikan kepadanya turut berbalik kepada mereka yang mendoakannya.
“Saya harap segala urusan saya dipermudahkan dan saya dapat bertemu semula dengan anak-anak saya serta kami dapat bersatu kembali suatu hari nanti.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya sejak dahulu hingga sekarang, dan saya amat menghargai segala doa yang diberikan.

“Saya berharap doa-doa baik yang ditujukan kepada saya akan kembali kepada semua orang,” luahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024