,
Hiburan

“Saya Tak Terperanjat Sebab Kali Terakhir Jumpa Dia Dalam Keadaan Tak Begitu Sihat” - M Nasir Anggap Arwah Pyanhabib Rakan Paling Setia

Asyikin Mayudin
05/06/2024
10:01 MYT
Pemergian pelakon dan penyair Pyanhabib pada malam semalam tidak mengejutkan Datuk M Nasir disebabkan penyanyi itu melihat keadaan Allahyarham tidak begitu sihat ketika merakam video promosi konsertnya.

Nampak Terlalu Penat

Malah, M Nasir turut mendedahkan Pyan juga ada tersalah cakap ketika merakam video promosi itu kerana terlalu penat.

BERITA TRENDING: Belasungkawa: Pyanhabib Seniman Sejati, ‘Brader, Lu Akan Terus Hidup’

BERITA TRENDING: “Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik Terakhir Bersama Pyanhabib

“Saya tak terperanjat sebab kali terakhir jumpa dia ketika kami buat video promosi untuk konsert saya, saya lihat dia dalam keadaan tidak begitu sihat.

“Masa kami rakan video promosi itu sepatutnya dia sebut ‘this is the time’ tapi dia lupa, dia sebut ‘what is the time’.

“Saya rasa dia lupa sebab nampak dia kelihatan sudah penat sangat. Tapi cara dia sebut itu seakan-akan memberi kesan kepada saya,” kata M Nasir kepada Gempak.

Sahabat Yang Setia

Persahabatan terjalin sejak 80-an, M Nasir turut menyifatkan Allayarham Pyanhabib Rahman sebagai seorang sahabat yang setia.
“Saya mengenali arwah sejak tahun 80-an lagi. Apa yang boleh saya katakan dia seorang kawan yang setia.

BERITA TRENDING: Jenazah Pyanhabib Selamat Dikebumi, Lebih 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

BERITA TRENDING: “Siang Semalam, Ibu Bawa Ayah Ke Klinik Sebab Kaki Bengkak, Perut Kembung” – Anak Sulung Arwah Pyanhabib

“Kalau ada apa-apa berlaku pada saya yang bagi dia tidak adil, dia sentiasa pertahankan saya,” ujarnya.
M Nasir turut meluahkan rasa terkilan apabila, Allahyarham Pyanhabib tidak dapat hadir bagi menyaksikan konsert beliau, Cipta M.N45IR yang dijadualkan berlangsung pada Ogos depan.
Penyanyi lagu Mentera Semerah Padi turut berkata arwah sepatutnya akan muncul dalam salah satu segmen pada konsertnya itu.
“Saya berasa kehilangan dan terkilan apabila beliau tidak dapat serta dalam konsert itu. Mengikut perancangan ada dia sepatutnya ada dalam konsert itu. Dia ada bahagian dekat situ,” katanya ringkas.
M.Nasir pernah berlakon bersama arwah dalam filem Kembara Seniman Jalanan yang diterbitkan pada 1986.
Konsert Cipta M.N45IR dijadualkan berlangsung pada Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mega! Suara Emas M Nasir Bergema Hiburkan 8,000 Penonton, Bukan Hanya Sekadar Konsert Tapi Jiwa Yang Diberikan

gempak
14/08/2024
05:50 MYT
Mega! Itulah antara ayat ringkas paling sesuai yang dapat disimpulkan di konsert mestro muzik negara M. Nasir yang berlangsung di Axiata Arena pada 10 Ogos lalu.
Hiburan

Melly Goeslaw Sifatkan M Nasir ‘Berlian Harta Karun’ Malaysia, Seniman Sejati – “Saya Terharu Dia Hadir Ke Konsert Saya Yang Pertama”

gempak
12/08/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer Melly Goeslaw menyifatkan penyanyi legenda Datuk M Nasir adalah sebuah permata yang berharga buat industi muzik Malaysia.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Hiburan

Belasungkawa: Pyanhabib Seniman Sejati, ‘Brader, Lu Akan Terus Hidup’

gempak
05/06/2024
07:55 MYT
Pyanhabib meninggal dunia. Usianya 66 tahun dan dijemput Ilahi kerana sakit tua di kediamannya di AU4 Keramat, Kuala Lumpur.
Hiburan

“Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik Terakhir Bersama Pyanhabib

gempak
05/06/2024
04:55 MYT
Isteri kepada Allahyarham Pyanhabib, 66, iaitu Zurina Zakaria, 58, melahirkan rasa syukur apabila dapat berada di samping suaminya sebelum meninggal dunia pada 9.30 malam tadi.