HIBURAN
“Saya Tak Takut Netizen, Saya Takut Allah…” - Isyariana Sedia Berdepan Kecaman, Tak Risau Komen Negatif
Pelakon, Isyariana sedia berdepan kecaman sekiranya babak sebagai mangsa rogol yang menampakkan sedikit bahagian bahu dalam filem Balas Balik lakonannya bakal mencetuskan perdebatan di media sosial.
Hanya lakonan
Isyariana atau nama sebenarnya, Isyariana Che Azmi, 35, babak tersebut hanya sekadar lakonan semata-mata dan menjalankan tugasnya sebagai seorang pelakon yang diterima sebelum dia memakai tudung sejak Ramadan lalu."Dalam babak tersebut saya hanya memakai baju jenis kemban dan menampakkan sedikit bahagian bahu sahaja, tapi sekarang sudah berhijrah tiada lagi watak begitu," katanya."Saya tak takut netizen (kecaman) tapi lebih takut dengan Allah. Setakat ini saya tak kisah sangat dengan penerimaan netizen sebab saya cuma jalankan tanggungjawab yang sudah diterima. "Biarkan apa orang nak cakap. Itu hanya sekadar watak, bukan diri saya yang sebenar. Semua babak rogol itu memang sudah ada dalam skrip.
Isyariana berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Balas Balik bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Selasa.
Doakan istiqamah
Mengulas mengenai kehidupannya sejak berhijab, Isyariana berharap agar penghijrahan yang dilakukan atas tuntutan agama itu kekal."Janganlah harap saya sudah menutup aurat tetapi tidak melakukan kesilapan langsung," ujarnya."Doakan saya terus istiqamah sebab memakai tudung ini dilakukan bukan sebab siapa pun termasuk ibu atau diri sendiri sebaliknya kerana Tuhan. "Cuma jangan harapkan kesempurnaan daripada saya tetapi fokus pada dalaman. Bersihkan jiwa termasuk tidak melayan media sosial sangat, lebih fokus kepada diri sendiri seperti solat tahajud.
ARTIKEL BERKAITAN:“Sukar Percaya Lelaki, Ambil Masa Lama Nak Kenal” - Isyariana Tak Sanggup Berdepan Penceraian, Harap Bertemu Jodoh Yang Tepat
ARTIKEL BERKAITAN:Hampir Setahun Berhijab, Syasya Rizal Kongsi Perjalanan Hijrah - “Ia Sangat Mencabar Dan Menguji Kesabaran”
ARTIKEL BERKAITAN:Krisya Kongsi Keputusan Berhijab: “Inilah Imej Saya Sekarang”
ARTIKEL BERKAITAN:Hampir Setahun Berhijab, Neera Azizi Syukur Tunang Banyak Bagi Sokongan – “Dia Mahu Tengok Saya Bertudung Tapi Dia Tak Paksa”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Cukup Sempurna, Banyak Kelemahan…” - Tampil Dengan Imej Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Baik-Baik
Terdahulu, Isyariana pada Mac lalu tampil dengan imej bertudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada bulan yang sama.
Namun ketika itu dia mengakui masih berperang dengan perasan sendiri untuk kekal istiqamah dengan penampilan tersebut.
Must-Watch Video