,
Hiburan

"Saya Tak Serik Bercinta, Tak Sabar Tunggu..." - Awi Rafael

Asraf Aided
13/11/2019
12:32 MYT
Penyanyi Awi Rafael akui tidak serik bercinta meskipun hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon Atikah Suhaime sebelum ini tidak tercapai.
Menurut Awi, dia sentiasa yakin dengan ketentuan Tuhan yang memberi hikmah pada setiap perkara yang berlaku.
"Terus terang saya katakan, saya tak serik untuk bercinta dan mencari pasangan hidup, saya hanya doa yang terbaik pada Tuhan.
"Apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini adalah ketentuan Tuhan, saya yakin ada hikmah di sebalik setiap perkara yang kita hadapi.
"Malah saya tidak sabar menunggu apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk hidup saya selepas ini," jelasnya.
Awi berkata demikian ketika ditemui di sidang media JR Richards & Awi Rafael : Stripped Acoustic Showcase bertempat di pejabat urusan Warner Music Malaysia, Petaling Jaya hari ini.
Tambah Awi, walaubagaimanapun, dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya dan menjaga ibunya dahulu setakat ini.
"Namun begitu, buat masa ini, saya akan menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya saya dalam bidang muzik dan menjaga ibu saya.
"Apabila semuanya telah berjalan lancar seperti saya mahukan, barulah saya akan fikirkan soal pasangan hidup, doa-doakan agar saya bertemu dengan bidadari yang ditakdirkan untuk saya," tuturnya menutup bicara.
JR Richards & Awi Rafael : Stripped Acoustic Showcase akan menampilkan persembahan kolaborasi Awi bersama penyanyi Amerika Syarikat, JR Richards.
Showcase tersebut akan berlangsung pada malam esok (14 November) bermula jam 9.30 malam bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.
Harga tiket dijual pada harga RM95 (biasa) dan RM130 (VIP).
Pembelian tiket boleh dibuat di pintu masuk lokasi berkenaan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Awi Rafael Hasilkan Lagu Dedikasi Khas Buat Wanita Istimewa

gempak
16/06/2020
08:22 MYT
Hiburan

"Tak Semestinya Semua Yang Dia.." - Ini Respon Awi Berkaitan Tweet Atikah Mengenai Lelaki Minta Duit

gempak
15/06/2020
10:01 MYT
Berita

"Saya Suka Berbuka Di Masjid Kerana..." - Awi Rafael

gempak
16/05/2019
14:31 MYT
Berita

Masih Berstatus Bujang Menyambut Raya, Awi Rafael Akur

gempak
15/05/2019
07:20 MYT
Berita

Pesakit Kanser Tulang Jumpa Awi Rafael Meninggal Dunia

gempak
23/04/2019
03:40 MYT