Hiburan
“Saya Tak Sedih Pun, Saya Pura-Pura Sedih Saja” – Datin Sri Shahida
Kisah ibu kandung Qayyum yang mahu mengambil balik anaknya yang sebelum ini diserahkan kepada Shahida D’herbs atau nama sebenarnya Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid masih lagi jadi bualan hangat.
Walaupun Shahida menulis dia tidak rasa sedih, tetapi semua orang tahu betapa hancurnya hati beliau.
“Saya tak sedih pun, saya pura-pura sedih aja!
“Nak tahu kenapa saya tak bagi kutuk Mak Qayyum lebih-lebih? Sebab kalau saya ada di tempat dia, maybe saya akan buat yang sama. Zaman laman sosial ni, macam-macam benda boleh jadi,” tulis Shahida di satu entri di Instagramnya.
Shahida turut meluahkan rasa terkilan dengan komen-komen segelintir netizen yang sering membandingkan layanan terhadap Qayyum dengan Yusoff yang merupakan anak kandungnya.
“Jangan pandai-pandai nak salahkan mak dia lebih-lebih sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk. So tak perlu nak sedih-sedih sangat sebab puncanya dari kita semua,” tulis Shahida lagi.
“Saya tidak marah dan berdendam, Cuma supaya benda-benda ni tidak berlaku pada masa lain. Yang dah jadi tak boleh di putar balik.
“Cuma doakan yang terbaik sudah memadai. Saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum.
“Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik. Mak dia pasti jaga dia lebih baik. Saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni." tulis Shahida.
Must-Watch Video