,
Hiburan

“Saya Tak Pernah Keluarkan Kenyataan ‘Jilat’, Babak Itu Hanya Sekadar Cium Kaki” - Hariz Hamdan

Asyikin Mayudin
24/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Hariz Hamdan tampil menjelaskan mengenai tajuk sebuah artikel yang mengatakan dia melakukan babak ‘menjilat kaki’ aktres senior Farah Ahmad dalam drama Astro Original berjudul X-Change yang mengundang kecaman netizen.

Tak Keluarkan Kenyataan 'Menjilat'

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Hariz bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu dan berharap netizen menonton episod 3 drama tersebut yang memaparkan babak sebenar.

“Saya ada baca satu artikel yang mengatakan saya ada buat babak ‘menjilat kaki’ tapi bagi saya, ia satu salah faham saja. Saya ada baca komen netizen yang kebanyakkan memang negatif la.

“Mereka mempersoalkan kenapa saya sampai menjliat kaki… mana adat Hariz. Saya tak pernah keluarkan kenyataan ‘jilat’, babak itu hanya sekadar cium. Saya pun tak boleh nak perjelaskan lebih lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Makcik Tiba-Tiba Marah Hariz Hamdan Lepas Makan Di Restoran Sebab Watak Farouk

ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan Dibenci Kerana Farouk, Ada Makcik Siap Marah Lepas Makan - “ Dia Duduk Sebelah, Pandang-Pandang Lepas Tu…”

“Sebab korang kena tengok X Change episod tiga sebab waktu itu la baru segala persoalan korang terjawab,” kata Hariz kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama Bunga Salju ini juga memohon agar netizen menonton dahulu drama tersebut sebelum menilai.

Jangan Sekadar Baca Headline

“Saya pun tak salahkan netizen juga… sudah tentu bila mereka baca ‘headline’ begitu, mereka akan terus komen berdasarkan tajuk yang dikeluarkan artikel itu.
“Bagi saya, sebelum kita nak tinggalkan komen, pastikan dahulu dan fahamkan lebih mendalam. Sekadar baca tajuk saja tak cukup, mungkin kena tengok dari pandangan yang berbeza.
“Sebab tak tengok lagi episod 3 drama X-Change… babak itu pun tak tahu lagi macam mana kan. Saya pun tak salahkan netizen dan tak salahkan sesiapa. Ia sekadar salah faham,” ujarnya.
Terdahulu, netizen mula meninggalkan komen kecaman terhadap Hariz di sebuah artikel di Instagram portal hiburan yang mengatakan dia sanggup melakukan babak ‘menjilat kaki’.
Menerusi temu bual bersama media sebelum ini, Hariz memberitahu dia hanya melakonkan babak ‘mencium kaki’ dan video temu bual juga tidak ada perkataan ‘menjilat’ seperti yang dilaporkan artikel tersebut.
Selain Hariz, drama X-Change turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Arfie Shah dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama terbaru dari Astro Original X-Change bermula 12 Julai ini setiap hari jumaat di Astro Premier dan strim di Astro Go dan sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
ATAU
Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang:www.sooka.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

X-Change: Ikut Plot & Karakter, Hariz Hamdan Akan Terus Lakonkan Babak ‘Daring’

gempak
27/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Hariz Hamdan menyatakan akan sentiasa mempertimbangkan untuk melakonkan mana-mana babak dalam drama yang memerlukan dirinya untuk membuat aksi ‘daring’.
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

gempak
05/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.
Hiburan

Hariz Hamdan Dibenci Kerana Farouk, Ada Makcik Siap Marah Lepas Makan - “ Dia Duduk Sebelah, Pandang-Pandang Lepas Tu…”

gempak
03/07/2024
00:58 MYT
Pelakon, Hariz Hamdan mengetahui dirinya dibenci gara-gara membawakan watak Farouk dalam drama Bunga Salju.
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.