,
Laman Utama

“Saya Tak Pernah Ambil Kelas, Tak Nak Dengar Sila Berambus” - Dilabel Annoying, Maryam Tetap Bangga Cakap Bahasa Melayu

Mya Amri
13/01/2023
05:45 MYT
Pempengaruh media sosial, Maryam You Narae memdedahkan dirinya lebih selesa bertutur menggunakan bahasa Melayu berbanding Inggeris.
Malah disebabkan itu juga, Maryam mendedahkan dirinya telah dikritik oleh warganet kerana gaya percakapannya dikatakan menjengkelkan.
Tidak cepat melatah, Maryam kemudiannya membuat kenyataan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Kata Maryam yang merupakan anak jati Korea Selatan itu, dia tidak pernah bersekolah di Malaysia mahupun mengambil kelas bahasa Melayu sebelum ini.
Namun jelas Maryam, dia tetap berasa seronok dapat bertutur dalam bahasa Melayu.
“Saya dah duduk Malaysia dua tahun lebih… Saya cakap BM macam ni saya tak pernah ambil kelas bahasa atau pergi sekolah di Malaysia.
“Sebab saya suka belajar BM naturally. Itu sangat seronok dan senang ingat.
“Ramai orang cakap ‘you speaking BM make me annoying’, ‘Better you speak English’. You annoying ke apa itu bukan salah saya. Saya tak kesah. Tak tengok saya ke apa suka hati lah,” jelasnya.
Dalam masa kenyataan yang sama, Maryam menegaskan dia tetap akan bertutur menggunakan bahasa Melayu walaupun dikritik.
“Saya lagi selesa cakap BM daripada English. Orang cakap English akan bertambah dalam dunia. Tapi orang cakap BM?
“Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat. Apa saja awak cakap, saya akan tetap guna Bahasa Melayu.
“Kalau tak nak dengar silakan BERAMBUS. Nota kaki: Sebelum betulkan bahasa orang, awak cakap melayu dulu. Ke awak bukan orang Malaysia,” tegasnya.
Untuk rekod, Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai pasangan Duriankimchi telah mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 2020.
Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, Ryzal dan Maryam dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Rina.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ada Pengarah Suruh Saya Cari Kekasih Lelaki Melayu Supaya Dapat Berlatih ...." - Nina Kho”

gempak
18/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nina Kho mengakui masih banyak perlu diperbaiki sebagai seorang pelakon terutamanya memperbaiki komunikasi dalam bahasa Melayu.
Hiburan

“Rasanya Dia Lagi Fasih Daripada Saya” - Zahirah Macwilson Akui Penting Anak Tahu Bahasa Melayu

gempak
14/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zahirah Macwilson akui berasa kagum melihat anak sulungnya, Isaac Raees bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.
Viral

Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"

gempak
10/08/2024
03:38 MYT
Pempengaruh terkenal, Maryam Durian Kimchi tampil memohon maaf susulan video lawak double meaning suaminya, Ryzal Ibrahim, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Viral

Selepas Suami Dikecam, Netizen Dakwa Maryam Durian Kimchi Sombong - “ Haritu Jumpa Kat Mall..”

gempak
08/08/2024
10:25 MYT
Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi didakwa bersikap sombong ketika disapa oleh salah seorang netizen.
Terkini

“Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

gempak
26/05/2024
00:55 MYT
Sepotong video memaparkan momen manis pelakon, Fizo Omar melawat anak perempuannya, Wan Maryam di sekolah berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.