gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Pelajar Lekat Gambar Ibu Semasa Peperiksaan
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Daniel Sher Anggap Penubuhan ALPHA Lebih Bermakna Berbanding Keputusan Individu - “Saya Rasa Kami Semua Tidak Patut…”
BERITA
Berang & Dendam Ditegur Bermain Motor, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Saya Tak Perlukan Harta, Saya Tak Perlukan Emas Permata, Apa Saya Perlu Hanyalah..." - Wah! Sweetnya Ucapan Anniversary Nita Hamzah Buat Suami

gempak
ZULHILMI JALIL
30/04/2020
06:32 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Perlukan Harta, Saya Tak Perlukan Emas Permata, Apa Saya Perlu Hanyalah..." - Wah! Sweetnya Ucapan Anniversary Nita Hamzah Buat Suami
Penyanyi Nita Hamzah menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kedua bersama suami tercinta, Mohd Fareez Shamsul Bahari semalam.
Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah ucapan istimewa yang didedikasikan khas buat suaminya yang dikongsikan kepada umum menerusi satu posting di Instagram.
Menurut bekas program realiti Malaysia Idol musim kedua itu, dia amat bersyukur dikurniakan seorang suami yang cukup bermakna dalam hidupnya.
"Saya amat bersyukur dikurniakan Allah seorang lelaki seperti awak! Jika ditakdirkan masa dapat diundurkan semula, saya tetap akan berdoa suapaya Allag hantarkan awak sekali lagi untuk menjadi lelaki paling gah dalam hidup saya buat selamanya.
"Saya tidak perlukan harta, saya juga tak perlukan emas permata. Apa yang saya perlu hanyalah kehidupan penuh sederhana bersama satu-satunya suami yang saya cinta," coretnya.
View this post on Instagram
Bismillahirrahmanirrahim Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika. Hari ini 29/04/2020 genaplah 2 tahun perkahwinan kami... Alhamdulillah syukur ya Allah... Saya amat bersyukur dikurniakan Allah SWT seorang lelaki seperti awak! Jika ditakdirkan masa dapat diundurkan semula, saya tetap akan berdoa supaya Allah SWT hantarkan awak sekali lagi untuk menjadi lelaki paling gah di dalam hidup saya buat selamanya. Saya tidak perlukan harta. Saya juga tak perlukan emas pertama. Apa yang saya perlu hanyalah kehidupan penuh sederhana bersama satu-satunya suami yang saya cinta. Cinta awak pada saya jauh lebih hebat dan bernilai dari harta, emas dan pertama kerana cinta awak itu boleh buat saya rasa penuh bahagia sampai bila-bila. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua tahun syurgaku @iam_aiesnita semoga hubungan kita hingga ke Jannah... Amin YRA
A post shared by Nita Hamzah Official (@nitahamzah) on Apr 28, 2020 at 9:11am PDT
Kata Nita lagi, kasih sayang yang diterima daripada suaminya itu selama ini merupakan anugerah yang tidak terbanding.
"Cinta awak pada saya jauh lebih hebat dan bernilai dari harta, emas dan permata kerana cinta awak itu boleh buat saya rasa penuh bahagia sampai bila-bila.
"Selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua syurgaku @iam_aiesnita, semoga hubungan kita hingga ke Jannah," tulisnya.
Nita atau nama sebenarnya, Norhanita Hamzah, 40, mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Fareez yang muda lapan tahun daripadanya pada 29 April 2018.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
#Suami
#Nita Hamzah
#Anniversary
Must-Watch Video