,
Hiburan

“Saya Tak Peduli Pun Apa Orang Nak Cakap” - Sam Masih Bersama Bunkface, Bakal Keluar Album Baharu

Mya Amri
01/02/2024
06:54 MYT
Vokalis Bunkface iaitu Sam mengesahkan kumpulan itu masih belum berpecah dan sebaliknya mempunyai perancangan untuk mengeluarkan album baru tidak lama lagi.
Menurut Sam, dia masih aktif bersama Bunkface dan akan turut serta dalam konsert UND3RGROUND yang akan berlangsung pada awal Mac depan.
“Saya keluar Bunkface ke? Mana anda dapat infomasi itu pun saya tak tahu, tapi kami masih bertenaga dan berjalan seperti biasa.
“Kami akan keluarkan album, insya-Allah selepas raya, jumpa anda di UND3RGROUND showcase di Sunway Lagoon,” katanya kepada Gempak.
Tambah Sam lagi, dia juga tidak mahu mengambil tahu mengenai khabar angin yang mengatakan sama ada dirinya masih bersama Bunkface atau tidak.
“Saya tak peduli pun apa orang cakap pasal Sam atau apa yang mereka sangka ke, itu semua tak penting.
“Yang penting saya gembira, saya ada kawan-kawan, keluarga dan album juga akan keluar tidak lama lagi jadi tak ada masalah.
“Kami juga akan keluarga single terbaharu Bunkface berjudul Hilang, insya-Allah tidak lama lagi,” ujarnya.
Terdahulu, Sam menjawab dakwaan tersebut selepas timbul khabar angin yang mempersoalkan status Sam sebagai anggota Bunkface memandangkan sekitar tahun lalu, tempatnya itu sering digantikan oleh Myo iaitu ahli kumpulan Oh Chentaku.
Dalam perkembangan lain, selain Bunkface, dua lagui band indie yang mempunyai pengaruh besar di Malaysia iaitu Butterfingers dan Hujan bakal berkongsi pentas pada konsert istimewa di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, pada 2 Mac depan.
Tiket Konsert Underground - Butterfingers, Hujan dan Bunkface anjuran Hitman Solutions ini boleh didapati di www.hitmanlive.com.
Terdapat lima kategori berbeza iaitu Rockzone - Early Bird (RM149), Rockzone - Phase 1 (RM199), Rockzone - Phase 2 (RM249), Mosh Tix (RM299) dan Vibers Pit (RM499).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.
Hiburan

Didakwa Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan; “Saya Ada Teman Lelaki… Shut Your Mouth!”

gempak
30/07/2024
10:25 MYT
Pempengaruh media sosial Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan tampil memberi respons terhadap dakwaan dia bercuti di pusat peranginan Bali bersama aktor, Meerqeen.