,
Laman Utama

“Saya Tak Nak Dosa Berterusan…” - Aniq Suhair Mohon Padam Foto & Video Tak Tutup Aurat

Asyikin Mayudin
10/10/2023
07:45 MYT
Mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik, pelakon Aniq Suhair memohon jasa baik semua pihak agar memadam gambar dan video memperlihatkan dirinya berseluar pendek atau tidak menutup aurat.
Aniq ketika dihubungi Gempak memberitahu dia tidak mahu ditenggelami dengan dosa yang berterusan apabila fotonya tidak menutup aurat menjadi tontonan umum.
"Sebab memakai seluar pendek itu tidak menutup aurat. Saya sedar yang selagi orang tengok aurat saya selagi tu dosa berjalan, nak nak sekarang zaman digital.
"Jadi saya taknak dosa saya berterusan dan memilih untuk memberi arahan delete gambar saya berseluar pendek dia social media. Saya dalam fasa perbaiki diri mana yang dosa-dosa kecil tu saya nak elakkan.
“Sedar tak sedar sebenarnya kita hampir di penghujung dah sebenarnya. Mana yang boleh perbaiki kita perbaiki. Mana yang teruk kita tinggalkan, mana yang baik kita teruskan," katanya.
Menurut bekas peserta Hero Remaja 2021 itu hatinya terdetik untuk memperbaiki diri selepas berlakon menerusi drama terbaharu berjudul Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang sedang menjalani penggambaran ketika ini.
"Sebenarnya saya tengah shoot untuk drama terbaru, cerita tentang keagamaan di antara manusia dan tuhan. Jadi semasa process shoot tu membuka mata saya untuk terus berubah kearah kebaikkan," ujarnya.
Terdahulu, Aniq menerusi perkongsian di Instastory turut berharap permintaannya itu dapat dipenuhi selain berdoa agar Allah melindungi dirinya serta menutup aib semua orang.
"Saya minta kerjasama kepada sesiapa yang upload gambar atau video saya berseluar pendek, mohon padam. Saya minta tolong, please delete. Mudah-mudahan Allah melindungi aurat dan aib kita juga," kongsinya.
BACA SINI: Ada Sebab Aniq Suhair Menyepi Dari Industri Seni Selama Tiga Bulan - “Antara Faktornya Kerana Ayah...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Yela, Bukan Senang Nak Jadi Baik Ni” - Aniq Suhair

gempak
18/02/2024
03:50 MYT
Insya-Allah teruskan berubah menjadi lebih baik.
Hiburan

Rita Nadira Mengaku Keluar Berdua Dengan Aniq Suhair

gempak
20/01/2024
02:00 MYT
Pelakon Rita Nadira menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan rakan artis, Aniq Suhair, susulan dakwaan dikatakan dilihat keluar bersama di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Putrajaya baru-baru ini.
Laman Utama

Wanita Dakwa Dirinya Hamil ‘Kembali’, Dedah Aniq Suhair Bapa 3 Anak Pula?

gempak
22/11/2023
00:55 MYT
Apa kes lagi ni?
Laman Utama

"Moga Luruh Rambut Ini Sepertimana Luruh Dosa-Dosaku" - Aniq Suhair

gempak
11/11/2023
08:25 MYT
Botak era!
Laman Utama

Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Tampil Mohon Maaf - “Tak Seharusnya Saya Muat Naik Konten Seperti Ini”

gempak
31/10/2023
23:55 MYT
Minta maaf lepas fitnah.