HIBURAN
“Saya Tak Makan Daging Kuda Tapi… - “ Bella Dowana Kongsi Pengalaman Travel Ke Kazakhstan
Pelakon Bella Dowana berkongsi pengalaman uniknya ketika berpeluang mengembara ke Almaty, Kazakhstan, baru-baru ini.
Menurut Bella atau nama sebenarnya, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 21, antara pengalaman menarik yang tidak boleh dia lupakan adalah mencuba makanan dan minuman tradisi masyarakat di sana.
Jelas pelakon The Cadets itu, masyarakat Almaty memakan daging kuda atau meminum susu kuda dan unta untuk mengekalkan suhu badan.
“Kalau pergi ke Almaty, ini antara salah satu tradisi mereka. Sebab cuaca disana sangat sejuk. Jadi, mereka akan minum susu unta dan makan daging kuda untuk kekalkan suhu badan.
“Suhu boleh turun sampai negatif, jadi orang tempatan memang amalkan pemakanan ini sebab daging dan susu kuda dikatakan boleh membantu panaskan badan,” katanya kepada Gempak.
Bella berkongsi cerita tersebut ketika menghadiri sidang media dan tayangan perdana program Raya Astro yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya.
BERITA BERKAITAN: Bukan Putus Cinta Atau 'Potong Perut', Ini Sebab Bella Dowana Makin Kurus - "Ada Satu Ketika Dapat Komen ..."
BERITA BERKAITAN: Semakin Kurus & Dipuji Cantik Seperti Marian Rivera, Bella Dowanna Nafi ‘Cengkung’ Sebab Putus Cinta - “Tak Broken Pun, Memang…”
BERITA BERKAITAN: Cuti Bertukar Tragedi! Kronologi Telinga Kanak-Kanak Autisme Putus Digigit Kuda, Pihak Agrofarm Setuju Bayar Pampasan
BERITA BERKAITAN: “Saya Walaupun Kaya, Apabila Makan Saya Suka Duduk Bersila Di Bawah” - Opai
Bagaimanapun, aktres itu mengakui dia tidak berani mencuba makan daging kuda, tetapi memberanikan diri untuk mencuba minum susu unta dan susu kuda.
Namun, selepas mencubanya, dia mendapati rasanya begitu sukar untuk diterima.
“Saya tak makan daging kuda sebab tak berani, tapi saya cuba susu kuda dan susu unta. Maaf cakap, janganlah minum sebab tak sedap!
“Bagi saya, rasanya agak pelik dan memang tak boleh terima,” kongsinya jujur.
Meskipun sudah merasai pengalaman mencuba makanan yang tidak kena dengan seleranya, Bella mengakui dia sangat menghargai peluang tersebut kerana dapat mengenali budaya masyarakat di sana dengan lebih dekat.
“Walaupun susah nak lupa pengalaman tu, tapi ia tetap satu perkara baru yang saya belajar,” ujarnya.
Must-Watch Video