,
Laman Utama

“Saya Tak Hipokrit, Saya Pergi Situ Ada Tujuan…”- Ismail Izzani Mengaku Masih Ke Kelab Malam

Shahrin Zulkifle
15/02/2023
00:00 MYT

Pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi, penyanyi Ismail Izzani mengakui dirinya kini lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Pun begitu kata Ismail, dirinya enggan bersikap hipokrit terhadap diri sendiri dan mendedahkan dia masih pergi ke kelab malam untuk tujuan berseronok.

“Setiap tahun merupakan tahun yang sentiasa berbeza kepada saya, nak kata sentiasa berhati-hati sekarang pun saya sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

“Bukan ingin mengatakan saya ini bagus atau tidak, saya tahu tahap saya. Saya tidak hipokrit. Saya bukan hanya perlu menjaga nama diri saya tetapi nama mak ayah saya juga.

“Seperti pergi ke kelab malam, ya betul saya masih pergi, namun benda-benda macam itu ada batasnya. Pergi ke situ ada tujuan, ada sebabnya, untuk jumpa kawan dekat sana. Nak berseronok,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sabar itu menjelaskan tidak mudah baginya untuk memuaskan hati banyak pihak, namun tetap bersyukur kerana masih ramai yang mengambil peduli terhadap dirinya.

“Saya tidak boleh nak puaskan hati semua orang, dalam masa sama tak perlu untuk orang sayang diri kita.

“Bagi saya mana yang betul-betul menyokong saya, saya sangat hargai perkara tersebut. Malah kepada haters pun saya tetap hargai mereka.

“Kerana pada saya, haters ada baiknya juga mereka wujud untuk berikan peringatan kepada saya, cumanya dalam keadaan kasar.

“Saya tak kata saya betul dan tidak membetulkan perkara yang sememangnya salah,” tambahnya.

Terdahulu, nama Ismail Izzani sebutan ramai selepas tular sepotong video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang bercium dengan wanita yang berpakaian seksi di sebuah kelab hiburan.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.