,
Laman Utama

"Saya Tak Gembira, Takut Dengan Dosa" - Muncul Imej Maskulin, Muhammad Fatah Mengaku Penat Jadi Lucinta Luna?

Amri Hassan
27/10/2021
15:15 MYT
Penyanyi dan pempengaruh Indonesia, Lucinta Luna muncul tiba-tiba dengan penampilan maskulin untuk wawancara di YouTube Boy William baru-baru ini.
Menyarung sehelai hoodie hijau, berseluar jeans dan berambut pendek, Lucinta Luna ketika itu mahu dipanggil dengan nama sebenarnya Muhammad Fatah.
Malah, dirinya juga berdiskusi dengan lontaran suara garau hampir sepanjang wawancara lebih 10 minit itu.
Muhammad Fatah akui penat menjadi dirinya (Lucinta Luna) yang sarat dengan kontroversi.
"Selama ini jadi dia (Lucinta Luna), ada rasa tertekan, takut, dimaki, diancam suruh mengaku. Sampai bila?
"Jujur capek (penat)! Tapi bagaimana untuk meraih rezeki sekarang di negara kita?
"Saya kononnya buat pembedahan di Thailand, bedah payudara, bedah kelamin. Sebenarnya Lucinta Luna itu tak ada. Dari dulu Lucinta Luna itu tak ada, dia hanya pura-pura, mahu wujud, bercita-cita untuk popular, itu saja," tambahnya.
Turut bercerita dari zaman kecilnya, Muhammad Fatah akui dia dilahirkan sebagai normal tapi membesar dalam kalangan ahli keluarga yang kebanyakannya perempuan dan sering membiarkan dirinya disolek.
Malah, ketika mula bersekolah, dirinya ketakutan untuk bergaul dengan rakan-rakan lelaki.
"Sekolah itu semuanya lelaki, saya pernah dibuli, ditelanjangkan, dipelecehan seksual. Daripada situ saya mula berubah secara fizkal dan ia berhasil," dedahnya lagi.
Namun, menjadi Lucinta Luna kata Muhammad Fatah membuatkannya ketakutan.
"Saya tak gembira, saya takut. Takut dengan dosa. Bila bangun tidur saya lihat diri saya dan tertanya.. 'Ya Allah, bolehkah saya kembali semula'.
"Lucinta Luna itu mesin ATM saya. Kerana dia cantik, lucu, apa saja Lucinta Luna buat wang masuk," katanya.
Namun, sebelum berakhir sesi wawancara itu, dia sekali lagi mengejutkan ramai bahawa kenyataannya itu hanya sebahagian daripada prank! Lucinta Luna menanggalkan rambut palsu dan menegaskan dirinya adalah wanita.
Selain itu, tampil juga seorang individu lelaki bernama Yanto mendedahkan dirinya di sebalik suara garau sepanjang wawancara itu.
Tiga tahun bekerja bersama, Yanto pada masa sama mengesahkan Lucinta Luna seorang wanita.
Tambah Lucinta; "Aku perempuan seutuhnya sejak lahir lagi!"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.