,
Hiburan

"Saya Tak Alami Alahan, Suami Yang Mengidam" - Fiza Frizzy

Kamaruddin Razal
05/07/2018
23:37 MYT
Pengacara dan personaliti televisyen, Fiza Frizzy tidak mengalami alahan di awal usia kehamilan.
Mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Kuantan FA, Fazli Zulkifli, wanita yang turut dikenali dengan nama Fiza Saad ini sedang hamil tiga bulan.
BACA: Bakal Bergelar Ibu, Fiza Frizzy Kini Hamil Sebulan
"Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang alahan. Setakat ini, saya juga belum mengidam untuk menikmati mana-mana makanan.
"Namun begitu, suami saya yang mengalami alahan. Ketika bekerja sebagai pemain bola sepak, dia sudah tidak boleh bermain dalam satu perlawanan penuh selama 90 minit.
"Selepas 70 minit, suami saya sudah mula rasa pening kepala dan kadang-kadang dia yang muntah.
"Dari segi mengidam pula, kadang-kadang suami saya terbangun jam 3 pagi dan menyuruh saya masak kerana lapar. Dia mengidam mahu menikmati makan makanan yang ringkas seperti mi goreng di waktu tersebut.
"Sebagai isteri, saya turuti sahaja. Saya kasihan dengan suami yang mengalami perubahan, dalam masa yang sama saya bersyukur kerana tidak terkena alahan teruk seperti ibu hamil yang lain," katanya.
Tambah bekas penyampai radio im4U FM ini, perubahan badannya sudah mula kelihatan.
"Di fasa kandungan sekarang, 'baby bump' saya sudah mula kelihatan, tetapi berat badan saya tak naik. Ketika saya menjalankan pemeriksaan dengan doktor, saya mendapati kenaikan berat badan tidak konsisten.
"Kadang-kadang berat saya naik satu kilogram, selepas itu turun dua kilogram pula. Setakat ini, saya makan seperti biasa, lagi-lagi ketika musim perayaan ini," katanya ketika ditemui di Karnival Raya anjuran kumpulan Habib.
Bertindak selaku pengacara majlis bersama Muaz Mohamed, HABIB Group Raya Carnival merupakan sebuah acara khas untuk pengamal media yang menampilkan enam jenama yang bernaung bawah kumpulan Habib iaitu Pandora, Ice Watch, Hearts on Fire, Stephen Webster, Les Georgettes by Altesse dan Habib Jewel sendiri.
Dianjurkan di Bukit Kiara Equestarian & Country Resort pada 28 Jun lalu, karnival ini menghimpunkan pelbagai acara, antaranya ialah pengalaman menaiki belon udara panas, menaiki kuda dan banyak lagi permainan menarik lain.

Thank you @habibjewelsofficial Raya Carnival ♥️?? #habibrayacarnival

A post shared by OHBULAN! Official Fan (@ohbulanofficial) on

Teks: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Fiza, @habibjewelsofficial, @albert53, @suzieeryanty & Oh Bulan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

gempak
13/10/2024
14:55 MYT
Memenangi trofi sebagai Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), selebriti versatil Uyaina Arshad menitipkan nasihat supaya memberhentikan sikap sindir-menyindir antara satu sama lain.
Hiburan

Dari Model Kepada Pelakon & Penyanyi, Lee Sung Kyung Kini Pengacara Rancangan Starlight Boys Pula!

gempak
29/08/2024
18:52 MYT
Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Sung Kyung, secara rasmi sah menjadi pengacara rancangan variasi inspirasi remaja yang dinanti-nantikan, Starlight Boys.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Peminat Mahu Irma Hasmie Kembali Berlakon, Ini Jawapan Empunya Badan – “Saya Masih Aktif Lagi, Cuma…”

gempak
01/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Irma Hasmie memaklumkan dia masih menerima tawaran berlakon namun harus memberi keutamaan kepada keluarganya.
BorakSeeni